berita

‘Mereka Mangsa, Cuma 0.78g Bukti Syabu’ – Nia Ramadhani & Suami Menyesal, Mohon Maaf Kepada Rakyat Indonesia

July 10th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Suara.com

Pelakon Sinetron terkenal iaitu Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah ditahan oleh pihak polis berikutan dakwaan penyalahgunaan dadah. Hasil daripada soal siasat, pasangan ini mengaku sudah mengambil dadah jenis syabu sejak 5 bulan yang lalu.

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah

Nia dan suami menyesal, mohon maaf

Foto: Hot Liputan

Memetik laporan Tribunnews, peguam kepada Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie iaitu Wa Ode Nur Zainab memaklumkan bahawa pasangan tersebut kini sudah menyesal dan sedar bahawa tindakan mereka itu hanya mendatangkan kemudaratan sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga ingin menyampaikan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia.

Kami nampak sebenarnya ada penyesalan dalam diri Puan Nia dan suami. Disebabkan kejadian ini, mereka akhirnya perlu melalui proses undang-undang. Insya Allah, pada masa akan datang, akan ada hikmah besar yang lebih baik.

Jelas Wa Ode Nur Zainab lagi, Nia dan suaminya berada dalam keadaan baik di penjara dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Difahamkan, sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri ini dan mereka akan mematuhi segala proses undang-undang yang ditetapkan.

Sementara itu, keluarga Nia dan Ardi juga dikatakan telah menyerahkan penilaian supaya kedua-dua mereka ini menjalani rawatan dan pemulihan bagi menghentikan kebergantungan terhadap barang terlarang itu. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa Nia dan suami hanyalah pengguna dadah dan bukannya pengedar.

Nia dan Ardi mangsa & cuma 0.78 gram bukti syabu. Maksudnya mereka betul-betul pengguna.

Suruh pemandu peribadi beli syabu

Foto: Bogor Tribunnews

Sementara itu, selain Nia Ramadhani dan suami, pemandu peribadi mereka yang dikenali dengan nama NZ turut ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam pengambilan dadah jenis syabu. Menurut sumber, pasangan suami isteri ini seringkali menyuruh pemandu peribadi mereka ini untuk membeli barang terlarang tersebut dengan harga 1.5 juta rupiah (RM431). Bahkan, pemandu itu juga pernah mengaku sering menutup ‘kenakalan’ Nia Ramadhani.

Difahamkan, setahun lalu, Nia Ramadhani bersama pemandu peribadinya yang dikenali dengan nama Ivan pernah muncul dalam satu program TV. Dalam rancangan itu, Ivan memaklumkan dia mula berkhidmat bersama Nia sejak wanita itu berusia 13 tahun lagi dan boleh dikatakan semua perkara mengenai Nia dia tahu. Meskipun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Ivan dan ZN itu merupakan pemandu peribadi yang sama atau pun tidak.

Sumber: Bogor Tribunnews, Suara, Tribunnews

SKIP THIS AD ×