berita

‘Mereka Melakukan Perniagaan Hartanah’ – Noorkumalasari Buka Cerita Tentang Anita Sarawak Selepas 10 Tahun Hilang

September 28th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kehadiran pelakon senior iaitu Noorkumalasari ke program bual bicara Next To Neelofa sedikit sebanyak telah mendedahkan khabar penyanyi Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir. Penyanyi lagu Seksis itu telah ‘menghilangkan’ diri dari industri hiburan selama 10 tahun bersama suaminya.

Artikel berkaitan: Peminat Temui Anita Sarawak Sakit & Sudah Pulang Ke Malaysia?

Sebelum ini juga terdapat pelbagai andaian mengenai kehilangan Anita Sarawak termasuklah dikhabarkan dia sakit dan telah kembali ke Malaysia. Namun bagaimanapun, adik kepada penyanyi ini iaitu Noorkumalasari ada memberitahu keadaan kakaknya itu melalui rancangan temu bual tersebut.

Kakak dalam keadaan baik

Selain Noorkumalasari berkongsi kisah hidupnya bersama penonton dalam rancangan yang dihoskan Neelofa itu, dia juga menyampaikan khabar dan keadaan Anita Sarawak. Mengakui banyak peminat industri seni di Malaysia tertanya-tanya kemanakah penyanyi itu menghilang sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, Noorkumalasari hanya menjelaskan bahawa kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat sahaja.

Saya tak tahu cara menjawabnya. Insyaallah, kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya. Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi, ada yang hubungi kakak sulung untuk bertanya.

Mereka lakukan perniagaan

Bercakap mengenai perkembangan Anita Sarawak dan suaminya, Noorkumalasari mendedahkan kakaknya itu kini menjalankan perniagaan hartanah di seluruh negara Amerika Syarikat. Namun, disebabkan faktor pandemik Covid yang melanda dunia, dia juga tidak mengetahui keberadaan pasangan suami isteri itu.

Baru-baru ini dia telefon dan bercakap dengan abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah. Perkara yang saya tahu, daripada perbualan kami sebelum ini ialah mereka melakukan perniagaan hartanah.

Mereka jual rumah dan tanah dan mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat. Tapi saya tak tahu, mereka berpindah-pandah sebab Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×