berita

Mesin Basuh Ini Dikuasakan Oleh AI Siap Boleh Mencuci & Mengeringkan Pakaian Menggunakan Smart Phone Jer?

January 26th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending


Dalam era yang serba moden ini, korang mesti dah boleh mengawal apa sahaja menggunakan smart phone kan?

Kini Panasonic juga telah memperkenalkan peralatan rumah yang berteknologi tinggi dan mampu dikawal secara jarak jauh.

Dengan keluaran bukan satu, tetapi dua peralatan rumah pintar, Panasonic berdedikasi untuk menggabungkan teknologi dengan aplikasi penjagaan rumah setiap hari. Mantap!

Mereka juga ingin membawa masuk banyak ciri kualiti hidup (QoL) yang akan memudahkan para ibu diluar sana. Yeay!

Jom kita tengok peralatan smart home keluaran Panasonic ni!

Panasonic CARE+ Edition Washer Dryer merupakan pengering hybrid yang dilengkapi dengan ciri ‘Hybrid Dry‘!

Mesti korang tertanya-tanya apa itu, CARE+ Edition Washer Dryer kan?

Ia merupakan mesin basuh yang dilengkapi dengan ciri ‘Hybrid Dry‘ yang menawarkan pencucian dan pengeringan yang optimum. Menarik!

Antara 3 ciri tambahan ‘Hybrid Dry‘ ialah :

  • Gentle Dry
  • Speed Dry
  • Time Dry

Kalau korang nak tahu ‘Gentle Dry’ ialah kaedah pengeringan revolusioner kerana ia menggunakan bolong masuk udara mesin basuh untuk memastikan udara di dalam dram rendah semasa mengeringkan pakaian pada kira-kira 65ºC.

Bukan itu sahaja, ia juga melindungi bahan yang halus dan menghalang pengecutan. Suhu ini sesuai untuk memastikan pakaian hangat dan kering tanpa mengecutkannya.

Kegunaan ‘Speed Dry’ adalah untuk menetapkan masa pengeringan secara manual, dan ‘Time Dry’ merupakan pilihan yang lebih pantas jika korang kesuntukan masa.

Sebelum tu, min nak tanya korang tau tak yang lagi berapa bulan jer kita nak beraya? Mesti ibu-ibu diluar sana dah mula shopping baju jalan anak-anak semua kan?

Lagi banyak beli, lagi banyak kena basuh betul tak? Nasib baik ada Panasonic mudah sikit keje!

Selain itu, CARE+ Edition Washer Dryer ini juga dilengkapi dengan ‘Penjagaan Tab Auto’ yang mampu menghalang pembiakan bakteria dan sisa detergen di dalam tab dengan menggunakan air panas dan mampu mengelakkan bau busuk semasa mencuci pakaian korang.

Kedua-dua ciri membasuh dan mengeringkan Washer Dryer ini terbukti menghapuskan sehingga 99.99% bakteria dengan bantuan Blue Ag+ dan pencucian sejuk, seperti yang diperakui oleh Institut Bioteknologi.

Ini yang para ibu perlukan betul tak?

Mesin basuh CARE+ Edition merupakan inovasi teknologi terbaru dari Panasonic!

Tak sama macam CARE+ Edition Washer Dryer, CARE+ Edition Washing Machine ini tidak disertakan dengan pengering didalamnya, tetapi ia masih mempunyai keupayaan pengeringan melalui ‘Hybrid Dry Lite’. Bukan biasa-biasa ni!

Untuk pengetahuan korang, udara semula jadi akan disedut melalui bolong pintu dengan putaran dram dan dipanaskan dengan pemanas 300w untuk mengekalkan suhu dalaman 55ºC yang membantu mengeringkan pakaian korang pada bila-bila masa sahaja dengan bantuan ‘Dry Assist’.

CARE+ Edition Washing Machine ini menggunakan Teknologi Penjagaan Kebersihan Menyeluruh Panasonic melalui ciri Blue Ag+ yang berkesan menghapuskan bakteria berbahaya daripada fabrik dan memberikan kesan anti-bakteria yang kuat dengan menggunakan ‘UV Light’ dan ‘Ag Silver ions’ semasa mencuci.

Ia juga menggunakan teknologi StainMaster+ yang diuji oleh Biostir Incorporated Japan dan berkesan menanggalkan pelbagai kotoran, alergen, hama dan 99.99% bakteria pada fabrik dengan suhu air yang ideal.

Kalau dah terbukti macam ni baru lah yakin kan? Keluarga sihat, keluarga bahagia!

Bukan apa kalau dah jalan raya sehari suntuk tu mesti lah baju dah dipenuhi dengan bakteria dan harus dibersihkan dengan baik, lagi-lagi zaman covid ni.

CARE+ Edition Washer Dryer & CARE+ Edition Washing Machine merupakan AI smart wash!

AI Smart Wash ialah, intelligent sensors untuk mengesan saiz dan berat beban pakaian secara automatik dan menyelaraskan prestasi cucian dengan mod basuhan dan jumlah air untuk tempoh yang ideal.

Makin bersih lah setiap cucian korang lepas ni dan yang paling penting korang boleh menjimatkan penggunaan elektrik. Nikmat apa yang didustakan ini!

Jom kawal mesin basuh dengan Panasonic SmartApp+!

Panasonic SmartApp+ ini didedikasikan untuk menjadikan masa pencucian dan pengeringan pakaian lebih mudah melalui ciri moden dan mudah diakses.

Apa yang korang boleh lakukan ialah, mengimbas kod OQ yang dilekatkan pada mesin Panasonic atau muat turun dari Google Play StoreApp Store atau dari laman web rasmi Panasonic.

Mesti korang nak tahu apa fungsi Panasonic SmartApp+ ni kan?

Haaa antaranya fungsi yang korang boleh gunakan ialah :

  • Set dan sesuaikan tetapan basuhan untuk pelbagai jenis pakaian.
  • Kendalikan mesin pengering atau mesin basuh terus dari telefon pintar.
  • Segala pemberitahuan dihantar ke telefon pintar setelah cucian selesai.
  • Segala pemberitahuan tentang ralat dan cara menyelesaikannya sebarang masalah yang dihadapi.

Apa kata korang tengok video seperti dibawah untuk mengetahui lebih lanjut. Semudah ABC!

Memang betul-betul nak memudahkan semua pengguna mereka lah. Semua boleh dipantau melalui smartphone.

Apa yang korang kena lakukan ialah set kan jer, tahu-tahu siap dan boleh lah lipat dengan keluarga. Baru syok!

Lepas ni para ibu boleh lah luangkan masa yang lebih untuk keluarga yang tersayang betul tak?

Dah excited ke tu? Klik sini kalau korang nak tahu lebih banyak informasi berkaitan mesin basuh ini.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi Panasonic atau laman Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×