berita

#MH370 Trending, Jurutera British Dakwa Jumpa Lokasi Terhempas?

December 6th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

#MH370 kini trending di media sosial selepas seorang jurutera pencen British mendakwa telah menjumpai lokasi pesawat tersebut terhempas, malah mempunyai teori tentang kehilangan pesawat tersebut. Ramai yang bersyukur bahawa masih ada yang berusaha untuk mencari MH370 selepas 3 tahun pencarian dihentikan.

Artikel Berkaitan: Genap 7 Tahun Berlalu, Kehilangan MH370 Kekal Misteri

Artikel Berkaitan: Terhempas Di Tanjung Kupang Pada 1977, Ini Cerita Rampasan MH653 Yang Ramai Tak Tahu

Artikel Berkaitan: Genap 6 Tahun, Tragedi MH17 Kekal Jadi Sejarah Hitam Negara

Terhempas di Lautan Hindi

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tujuh tahun lepas kini trending di media sosial selepas seorang jurutera aeronautik British, Richard Goldfrey mendakwa telah menjumpai lokasi di mana pesawat tersebut terhempas.

Menurut laporan BBC, Goldfrey yakin bahawa dia telah menemui lokasi terakhir pesawat tersebut dan ianya telah terhempas di Lautan Hindi, 2,000km di barat Perth, Australia selepas menggabungkan set data yang berbeza daripada domain yang berasingan.

Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat dengan data prestasi Boeing, data oseanografi, dengan data yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR).

Serpihan itu boleh terletak sejauh pada kedalaman 4,000 meter.

Godfrey turut mendakwa serpihan pesawat tersebut mungkin berada di belakang tebing atau di dalam gaung di dasar laut.

Teori nahas berpunca tindakan keganasan

Dalam temu bual yang berbeza dengan program Australia Sunrise, Godfrey juga mendakwa bahawa nahas itu berlaku angkara ‘tindakan keganasan dan rampasan’ tetapi dia terbuka kepada teori lain sekiranya pihak berkuasa berkongsi maklumat lanjut.

Bersyukur masih ada yang mencari

Ditamatkan pada 30 Mei 2018 selepas 4 tahun pencarian, ramai yang bersyukur masih ada pihak yang tidak berputus asa mencari pesawat yang hilang pada Mac 2014 itu, dan berharap agar ada sinar di dalam penantian yang cukup panjang ini.

Pada 2014, pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 individu termasuk 227 penumpang dan 12 anak kapal, sebelum ia hilang daripada radar.

Pencarian awal yang diketuai Australia di Lautan Hindi gagal mengesan pesawat yang hilang itu, menyebabkan misi pencariannya ditamatkan pada Januari 2017, kemudian diteruskan Ocean Infinity pada 2018, namun gagal menemukan petunjuk.

SKIP THIS AD ×