Michael J. Fox, 51, memang seorang pelakon yang berbakat dan dia dikenali melalui watak Marty McFly dalam filem “Back To The Future”. Namun, pada tahun 2000, dia telah mengumumkan kepada dunia hiburan bahawa dia ingin berhenti berlakon kerana inign fokus untuk memulihkan dirinya yang menghidap penyakit Parkinson.
Terbaru dari NBC, stesen TV dari Amerika ini telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima tempahan slot untuk sitkom komedi 22 episod yang bakal dibintangi oleh Michael J. Fox.
Sitkom ini bakal menceritakan mengenai kisah hidup Fox sebagai seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak yang terpaksa mengharung pelbagai cabaran untuk hidup termasuklah penyakit Parkinson dihidapinya.
Siri komedi lakonan terbaru Fox ini akan dimulakan penggambarannya tahun ini. Apa yang pasti, OHBULAN! tidak mahu melepaskan sitkom komedi Fox!
Sumber : Dailychilli