Setelah sah bergelar isteri kepada Rosland Othman seorang usahawan, pelakon Miera Leyana kini dilanda kontroversi didakwa mengahwini suami orang. Di media sosial juga viral spekulasi mendakwa pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan seorang suami yang telah memiliki tujuh orang anak.
Artikel berkaitan: ‘Tak Sangka Bakal Kahwini Teman Baik’ – Pelakon Miera Leyana Sah Jadi Isteri Orang
Terbaru, pelakon filem Lebuhraya Ke Neraka ini tampil memberi reaksi kepada kontroversi yang melanda rumah tangganya.
Kini kami bahagia
Memetik laporan Astro Gempak, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 26 Julai 2020 lalu itu dikatakan berkahwin tanpa restu isteri pertama kepada Rosland. Miera bagaimanapun tidak menafikan spekulasi tersebut dan mengakui dirinya sebagai isteri kedua.
Namun adilkah untuk membuat spekulasi negatif pada sebuah perkahwinan yang baru dibina? Sebagai umat Islam, kita semua percaya soal jodoh itu rahsia Allah. Begitu jugalah, ikatan perkahwinan saya dan suami.
Jadi, soal hidup bermadu itu, biarlah hanya kami sahaja yang tahu. Namun, kini kami bahagia.
Tak sorokkan perkahwinan
Tambah Miera lagi, dia dan suami mengakui tidak menganiaya hidup sesiapa dan spekulasi itu ditimbulkan oleh orang luar. Malah, dia dan suami tidak membuat perkara salah di sisi agama dan perkahwinan mereka direstui keluarga.
Apapun, kami tak sorokkan perkahwinan ini. Secara terang-terangan, semua orang tahu saya berkahwin dengan Rosland dan kini menjadi isterinya.
Sumber: Astro Gempak