berita

Miley Cyrus Bogel Untuk Majalah Rolling Stone

September 25th, 2013 | by Ai
Hollywood

mc

Lepas satu, muncul pula lagi satu kontroversi yang dibuat oleh Miley Cyrus. Jika ada yang pernah melihat muzik video terbaru Miley berjudul Wrecking Ball baru-baru ini, anda pastinya dapat melihat tubuh badan Miley yang langsung tidak dibaluti sebarang pakaian dan hanya dilindungi oleh props sahaja.

Artikel berkaitan:

Mungkin sudah terbiasa dengan penampilan sebegitu, Miley sekali lagi berbogel untuk menghiasi muka hadapan majalah Rolling Stone edisi Oktober keluaran Amerika Syarikat.

Penyanyi berusa 20 tahun itu kelihatan seperti gadis nakal yang bergambar di tepi kolam sambil menjelirkan lidah dan tubuhnya hanya dilengkapi oleh aksesori berwarna keemasan.

miley-cyrus-rolling-stone

Namun di sebalik foto muka hadapan itu, Miley sebenarnya berkongsi sesuatu dengan Rolling Stone untuk pengetahuan peminat dan pengkritiknya.

Miley secara terus terang memberitahu dia langsung tidak peduli dengan segala cercaan yang diterima dari masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Miley yang baru putus tunang dengan Liam Hemsworth ini dikatakan akan muncul dengan album terbaru berjudul Bangerz dan akan menampilkan Britney Spears.

Sumber: E! Online

SKIP THIS AD ×