Watsons Malaysia secara rasminya mengumumkan pencarian Malaysia’s Top Social Infuencer 2018. Terdapat 7 cabaran yang perlu dilalui oleh semua peserta dan cabaran pertama telah pun bermula pada 4 Oktober yang lalu.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai pencarian ini boleh mengikuti dengan lebih dekat perkongsian terbaru di laman Instagram dan Facebook milik Watsons dan Ohbulan.
Scha Alyahya jadi ‘mentor’
Peserta yang berjaya layak ke peringkat seterusnya akan menerima tunjuk ajar dari selebriti terkenal tanah air, Scha Alyahya yang mempunyai lebih 6 juta pengikut di media sosial. Scha Alyahya juga berperanan sebagai juri dalam memilih peserta terakhir yang akan menyertai pertandingan ini.
Peserta yang berjaya bergelar pemenang akan menerima pelbagai pendedahan dan ganjaran istimewa selain bakal menjadi Watsons influencer selama 12 bulan. Antaranya hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, mata ganjaran Watsons bernilai RM20,000 dan produk Watsons bernilai RM10,000.
Serlahkan bakat anda!
Selain itu pemenang Watsons Malaysia Top Influencer juga akan muncul di iklan Watsons dan papan iklan di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, pemenang juga akan muncul di video terbitan Ohbulan!, Says, Vocket dan banyak lagi.
Jangan lupa follow Instagram dan Facebook Watsons dan Ohbulan untuk mengetahui info lanjut mengenai Watsons Malaysia’s Top Influencer 2018. Inilah masanya untuk anda serlahkan bakat yang terpendam selama ini! Jom!