berita

MILO® Perkenal MILO® Activ-Go Plus Fibre Baharu Yang Lebih Serat & Kurang Gula Tambahan

August 26th, 2020 | by Hanis Aliaa
Shout Out!

Sebut tentang MILO®, mesti terbayangkan kelazatan minuman coklat yang sering kita nikmati dari dulu sampailah sekarang. Tak kisahlah korang minum untuk sarapan pagi atau minum petang, ia tetap memberikan rasa dan nikmat yang umpph!

Kalau korang nak tahu,  baru-baru ini MILO® melancarkan MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu. Varian serbuk  MILO® terbaharu ini menawarkan lebih kebaikan, khasiat dan tenaga yang bukan saja menjadi pelengkap sarapan pagi, malahan memupuk juara dari generasi ke generasi.

MILO® Activ-Go Plus Fiber beri tenaga & khasiat kepada seisi keluarga

Menurut Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, pelancaran MILO® Activ-Go Plus Fiber adalah satu lagi pencapaian yang bermakna bagi mereka sempena sambutan ulang tahun ke-70 MILO® di Malaysia. 

“Kami kekal komited terhadap matlamat jenama kami untuk memacu inovasi produk dengan menawarkan pilihan berkhasiat yang menepati pelbagai keperluan dan cita rasa pengguna. Dengan adanya lebih kebaikan dalam MILO® Activ-Go Plus Fiber, kami ingin berkongsi manfaat kelebihan tenaga dan khasiat kepada seisi keluarga di Malaysia dengan menyokong pengambilan serat harian mereka. Dengan cara ini, kami berharap untuk meneruskan kebaikan MILO® demi memupuk generasi juara masa hadapan.”

2.5 kali serat & 50% kurang gula tambahan

Apa yang best tentang MILO® Activ-Go Plus Fibre ialah ia mengandungi 2.5 kali serat berbanding serbuk MILO® Activ-Go yang biasa. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati 9 daripada 10 rakyat Malaysia tak mengambil sumber serat yang mencukupi. 

Serat penting tau untuk kesihatan sistem pencernaan korang. Dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre yang dirumuskan dengan kandungan serat tinggi, ia dapat membantu menangani masalah ini. Satu hidangan (30g) MILO® Activ-Go Plus Fibre memenuhi 12% pengambilan serat makanan harian yang disyorkan.

Seperti serbuk MILO® Activ-Go yang biasa, varian baharu ini mengekalkan kebaikan MILO® yang dibuat daripada malt barli, susu dan koko, lengkap dengan kehebatan rasa MILO® yang digemari ramai. Tambahan pula, ia mengandungi hanya kira-kira setengah sudu kecil (2.9g) gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan (30g).

Padanan sarapan yang sempurna & mudah

Seperti produk-produk MILO® yang lain, MILO® Activ-Go Plus Fibre merupakan pelengkap kepada pemakanan yang seimbang dan sihat. Kelebihan MILO® Activ-Go Plus Fiber menjadikannya padanan sarapan yang sempurna bagi seisi keluarga. Gabungan unik vitamin dan mineral penting membantu membebaskan tenaga daripada makanan.

Mudah saja untuk korang menikmati secawan MILO® Activ-Go Plus Fibre yang lazat. Hanya tambahkan 6 sudu kecil (30g) serbuk MILO® Activ-Go Plus Fibre ke dalam 200ml air panas. Walla! Korang boleh nikmati minuman coklat yang lazat dan berkhasiat.

Korang boleh dapatkan MILO® Activ-Go Plus Fiber di kedai-kedai berhampiran atau melalui laman e-dagang pilihan korang. Untuk info lanjut tentang kebaikan tambahan MILO® Activ-Go Plus Fiber, klik SINI.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×