berita

Minat Watak Antagonis & Takut Lupa Diri – Reen Rahim

October 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bagi yang tidak kenal siapa Reen Rahim, bekas juara rancangan realiti ‘Pilih Kasih 3’ ini kini sedang mencipta nama sedikit demi sedikit. Baru berusia 24 tahun, Reen kini dilihat mempunyai kualiti sebagai pelakon yang bakal duduk sebaris dengan nama-nama besar lain.

Baru-baru ini, OHBULAN! berkesempatan menemubual Reen yang sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem terbarunya berjudul ‘Balun’ arahan Bob Singah. Filem ini meletakkan Reen sebagai watak antagonis dan Reen turut terlibat dalam aksi tembak-menembak serta aksi gaduh.

“Inilah pengalaman pertama Reen kena ‘balun, habis lebam-lebam satu badan,” ujar Reen memulakan perbualan.

Ditanya adakah dia tidak takut jika dilabel oleh peminat kerana sering membawa watak antagonis, pantas Reen menjawab, “Takut itu ada juga, tapi memang Reen suka bawa watak antagonis. Mungkin sebab dari kecil, Reen membesar dengan drama-drama sebegitu,” katanya yang merujuk pada sinetron Indonesia.

Namun begitu, Reen Rahim turut berterima kasih pada pihak media kerana banyak membantu dirinya untuk mencapai tahap dimana dia berada sekarang.

“Saya amat berterima kasih pada media kerana membantu saya dan bagi saya, prinsip untuk kekal didalam industri adalah dengan percaya dengan rezeki dan berdisiplin.

“Reen paling takut lupa diri,” tambahnya lagi.

Reen selepas ini bakal muncul dalam drama ‘KL Drift The Series’ di TV2.

Kredit Gambar : Maestro Ridwan

SKIP THIS AD ×