berita

Minta Tolong Tulis ‘Sorry’ Dekat Air Teman Wanita, Pelanggan Tak Sangka Barista Tahu Assignment

November 11th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di TikTok, seorang lelaki yang bertugas sebagai penghantar makanan berkongsi satu video kisah ‘sweet’ yang baru dilaluinya itu sehingga berjaya mencuit hati warganet.

Artikel Berkaitan: 30 Minit Kena ‘Sidai’, Rider Terpaksa Panjat Pagar Pastikan Barang Selamat 

Artikel Berkaitan: Tiba-Tiba Ramai Rider Kuning Berkeliaran Di KL Sekarang, Siapa Mereka Ni Semua?

Barista ‘know the assignment’

Menerusi video tersebut, dipercayai seorang lelaki cuba memujuk teman wanitanya dengan memesan minuman kesukaan wanita itu melalui satu aplikasi pesanan makanan. Malah, apa yang mencuri perhatian netizen adalah tindakan barista terbabit yang dikatakan memahami tugasan.

Nasiblah dapat barista yang memahami perasaan pelanggan.

Selain itu, sebahagian besar netizen memuji barista terbabit kerana sanggup melayan kemahuan pelanggan dengan membuat ‘karangan’ pada pesanan tersebut yang jauh lebih ‘sweet’.

Awak janganlah merajuk, hidup saya sunyi tanpa awak. Jika kau jauh aku selalu rindu, jika kau ada hati akan berbunga.

Dalam perkongsian itu juga, barista berkenaan menulis ayat memujuk yang panjang sehingga ada yang mendakwa nota di atas bungkusan minuman itu ditulis oleh dua orang yang berlainan.

Video

@themhz_

nasiblah dapat barista yang memahami perasaan customer ? #fyp?

? original sound – AHMAD MUHAMMAD – AHMAD MUHAMMAD

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga memuji tindakan ‘sweet’ yang dilakukan oleh lelaki tersebut yang dikatakan mempunyai usaha untuk menawan semula hati kekasihnya yang merajuk itu.

Sumber: Tiktok

SKIP THIS AD ×