berita

Penat Zizan Karang Kapsyen ‘Sweet’ Di IG, Mira Filzah Tetap Tak Mengaku Bercinta

October 29th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini hangat kedengaran gosip mengenai hubungan percintaan antara pelawak Zizan Razak dan pelakon cantik Mira Filzah. Sehingga tercetus khabar angin di mana kedua selebriti ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Betul ke?

Artikel berkaitan: ‘Malam Ni I Mengalah Untuk Lihat You Senyum’ – Zizan Razak… Ewah Ewah!

Bagaimanapun, Mira Filzah ketika dihubungi myMetro menbidas dakwaan tersebut. Ini respon Mira Filzah.

Nampaknya orang luar banyak tahu

Sehubungan itu, Mira Filzah sekali lagi menegaskan bahawa dia dan keluarga tidak membuka mulut untuk berkongsi kisah perkahwinan kepada mana-mana pihak. Tambahnya lagi, soal membabitkan perkahwinan baginya adalah perkara yang terlalu peribadi.

Jadi, orang luar tidak patut lebih tahu daripada saya sendiri. Ini tidak, nampaknya orang luar yang lagi banyak tahu. Pada hal, untuk saya selaku empunya diri memang tak tahu apa-apa. Namun, mujur keluarga saya faham situasi sebenar.

Saya hanya sedia untuk berkongsi mengenainya peribadi apabila sampai masa dan tidak akan sesekali menyorokkan perkara itu. Tapi, apa yang masih lagi bersifatkan peribadi dan sememangnya sulit, saya takkan sewenang-wenangnya nak mendedahkan kepada orang ramai.

Memang tidak ada apa-apa

Mira Filzah juga memaklumkan dia sangat sibuk dan mahu fokus kepada soal kerjaya terlebih dahulu. Bukan masa ini pun dia masih belum ada masa untuk berehat apatah lagi memikirkan soal perkahwinan.

Apa pun kalau betul-betul sudah sah dan sampai masanya, saya pasti akan beritahu. Namun, sekarang memang tidak ada apa-apa. Boleh dikatakan sampai sekarang, saya belum ada masa untuk berehat kerana urusan kerja yang banyak.

Selain mengacarakan Nona, saya juga masih menerima tawaran berlakon drama dan akan muncul produk baru untuk slot Akasia.

Sumber: myMetro

SKIP THIS AD ×