Penyanyi Misha Omar menasihati netizen yang mengutuk wajah penyanyi Nadeera Zaini seperti khinzir (babi) agar muhasabah diri mereka terlebih dahulu.
Artikel Berkaitan: Nadeera Zaini Kena ‘Face Shaming’, Ibu Bapa Nangis Baca Komen – ‘Ada Yang Kata Muka Saya Macam Ba**’
Artikel Berkaitan: IG Kena Godam, Misha Omar Syukur Dapat Semula Akaun Asal
‘Cermin diri’
Mereka patut cermin diri, cakap dengan diri dan lihat diri awak dalam cermin. Awak sempurna ke?
Daripada mulut laju nak bercakap tentang orang lain, tengok cermin dan lihat diri sendiri.
Jelas Misha lagi, bakat baharu seperti Nadeera seharusnya diberikan peluang serta ruang untuk dia mencipta nama dalam industri.
Saya percaya bakat baru mahu untuk berkembang, biarkan mereka mencipta nama. Bagi masa untuk mereka kembangkan bakat. Mustahil seseorang itu lahir kemudian terus pandai berjalan dan bercakap.
Bayangkan kalau orang macam Nadeera itu nyanyi dah bagus, imej itu akan datang seiring. Contoh terdekat ialah Ernie Zakri dan Aina Abdul, mereka berdua tidak akan menjadi seperti hari ini jika tidak melalui fasa-fasa naik turun sebagai penyanyi.
Media sosial parah
Dalam masa sama, pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu akui bersyukur apabila namanya naik ketika bukan di zaman era media sosial.
Saya bersyukur sebab lahir dalam industri bukan ketika medium sosial media ini berkembang. Jadi mungkin kalau waktu itu ada, mungkin Makcik Bedah atau Makcik Minah bercakap pasal saya.
Ini adalah cabaran atau tantangan sehingga saya rasa boleh menjadi barah kepada bakat-bakat baru untuk naik.
Justeru, Misha menasihati orang ramai untuk menjaga kesihatan mental mereka daripada melepaskan sesuatu rasa benci kepada orang yang tidak bersalah.
Saya rasa ramai orang bitter dalam hidup sekarang ini. Saya lihat sosial media ini dijadikan tempat orang melepaskan sesuatu yang mereka tak dapat dalam hidup atau mungkin kurang gembira.
Paling penting jaga juga kesihatan mental masing-masing. Jaga minda dan hati anda, sebab tiada orang lain patut disalahkan kecuali diri sendiri. Kawanlah dengan cermin.
Terdahulu, Nadeera mendedahkan dia pernah dicaci kerana rupa parasnya yang kurang cantik sehingga ada yang samakan wajahnya dengan haiwan khinzir.
Sumber: TikTok