Selepas dua bulan melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepsi bersama suami iaitu Essam Muhammad secara tertutup pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pasti Akan Bahagia Dengan Orang Yang Tepat’ – Netizen Tumpang ‘Happy’ Dengan Kebahagiaan Baru Mizz Nina
Artikel Berkaitan: Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad
Artikel Berkaitan: ‘Permaisuri, Cintaku & Isteri Tercinta’ – Essam Muhammad
Di TikTok, Mizz Nina berkongsi detik perkenalannya dengan suami.
Kenal pada tahun 2015
Menerusi rakaman video berdurasi 1:00 minit, Mizz Nina memberitahu dia mengenali suami pada tahun 2015 di sebuah festival. Pada waktu itu, Essam datang berjumpa dengannya dan memperkenalkan diri.
Ramai yang nak tahu bila dan di mana kami berjumpa. Kami berjumpa di sebuah festival dan ianya pada tahun 2015. Pada waktu dia datang kepada saya dan berkata Assalamualaikum, nama saya Essam.
Tambah pelantun suara ‘Take Over’ ini, mereka sempat berbual semasa pertemuan tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh Mizz Nina sekarang.
Video
@mizznina06 Kalau dah jodoh tak kemana? #mizznina #mizzninakahwin #mizz #fyp #fyp? #fyp??viral #foryou #masukfyp #fypage #foryoupage
Sumber: TikTok