berita

MLM2014 : Farah Quinn Akui Kurang Faham Lawak Peserta

January 30th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

FR2

Sebaik sahaja nama Farah Quinn diumum sebagai salah seorang juri Maharaja Lawak Mega (MLM), ramai sangsi akan kebolehan yang dimiliki dirinya. Malahan ada yang tidak mengenali siapa Farah Quiin.

Kredibilitinya terus dipertikai dan ramai peminat MLM mendakwa Farah tidak faham lawak yang dipersembahkan. Terbaru, Farah tampil berkongsi pendiriannya tentang MLM.

Kurang Fasih Bahasa Melayu

FR1

Menurut Farah, dia lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris ketika memberi komen kepada peserta disebabkan kurang fasih berbahasa Melayu.

Namun perkara tersebut segera diperbaiki atas bantuan juri lain, Datuk Jalaluddin Hassan, Taufik Batisah dan Fazura. Malah Farah yakin keputusannya menerima tawaran Astro adalah satu keputusan yang tepat.

Ketika ditawarkan untuk menjadi juri, saya tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran dari pihak Astro. Bahkan menyoal balik mereka, adakah keputusan Astro tepat dengan memilih saya sebagai juri.

Banyak Perkara Yang Saya Tidak Tahu Ada Kalanya Membuatkan Saya Terpinga-Pinga

FR3

Ketika ditanya mengenai cabaran terbesarnya sepanjang bergelar juri MLM, ini jawapan Farah.

Semuanya mengenai filem atau perkara terkini di sini, agak sukar untuk saya fahami kerana masa berada di Malaysia agak singkat.

Banyak perkara yang saya tidak tahu ada kalanya membuatkan saya terpinga-pinga. Namun saya bernasib baik, ada peserta yang memahami kekurangan saya dan melakukan sketsa yang mudah untuk difahami.

Memang diakui susah untuk memahami dan mempelajari bahasa lain dengan cepat namun keberanian Farah wajar dipuji. Untuk pengetahuan, malam ini bakal berlangsung separuh akhir MLM, jadi korang rasa siapa bakal tersingkir?

Kredit Berita : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×