berita

MLM2014 : Jalor Tempelak Juri Selepas Tersingkir

January 12th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

jalaor

Malam bertemakan ‘cerita seram’ menyaksikan tiga kumpulan iaitu Jalor, SYJ dan Zero berada dikedudukan terbawah senarai kutipan undian. Bagaimanapun Jalor terpaksa akur apabila nama kumpulan mereka diumumkan juri, Datuk Jalaluddin Hassan.

Di awal rancangan Jalor mengungguli kedudukan undian dengan 29% mengatasi kumpulan lain namun bagaikan ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka diumumkan tersingkir. Pelik juga kan?

Jika diimbas kembali, di awal rancangan Nabil dan SYJ masing-masing hanya mendapat 7% dan 4% undian namun terselamat.

Juri Tak Faham Kami – Joey

jlor

Bertemakan cerita seram, rata-rata kumpulan yang bertanding dilihat tiada jalan lain selain melakonkan karakter hantu bagi menepati tema. Namun sketsa daripada Shiro, Bocey dan Virus paling mencuri tumpuan dan berjaya menambat hati juri.

Sememangnya sketsa Jalor pada malam Jumaat yang lalu ternyata hambar namun mereka bukanlah satu-satunya kumpulan yang menampilkan persembahan mengecewakan .

Sebaik diumumkan tersinggir, Joey sempat memberikan ucapan yang seakan menemplak kembali juri-juri. Agak pedas juga lah, mungkin dah lama simpan dalam hati kot.

Apa yang saya nak cakap di sini, terus-terang berdirinya kami di sini bukannya nak mengaibkan atau merendahkan mentaliti orang-orang di luar sana.

Kami berada di sini, kami mengabaikan anak bini kami untuk mencari idea dan ruang semata-mata untuk menghiburkan anda semua.

Sekiranya ada yang terguris, kami mohon maaf lebih-lebih lagi kepada juri. Juri yang sentiasa tak faham dengan kami, menyebabkan kami sendiri pun tak faham apa yang kami buat,tapi apa yang kami faham rezeki kami sampai sini sahaja.

Pada masa sama, Along turut memberikan komen seolah mendakwa juri sering memberi kritikan yang melemahkan semangat kumpulan mereka.

Taktik Astro Letak Jalor Di Atas

enjit

Senarai kutipan undian di awal rancangan yang dipaparkan turut mendapat perhatian penonton di laman sosial yang menganggap ianya taktik Astro bagi mengaut lebih undian. Malah ada yang sudah meramalkan siapa bakal ke final.

Walaupun itu sekadar pandangan peribadi mereka namun jika difikirkan kembali ada logiknya. Kami sendiri pun tak penah terfikir semua ini.

guna1EDITED

guna2EDITED

Macam mana lepas baca komen-komen peminat keyboard warrior ni minda lebih terbuka ke tak? Apa pandangan korang pula?

Berbaki 7 kumpulan, saingan pada minggu hadapan pasti makin sengit. Berikut kami sediakan kedudukan terkini kutipan undian bagi 5 kumpulan teratas.

baruu

SKIP THIS AD ×