berita

MLM2014 : Nabil Peserta Underdog Berjaya Ke Final

February 2nd, 2015 | by Wan
Kini Trending

nbb

Separuh akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 menyaksikan satu-satunya peserta solo, Nabil Ahmad berjaya mara ke peringkat akhir.

Walaupun kerap dikecam oleh peminat ekoran prestasi kurang memberangsangkan di MLM, persembahan Nabil pada Jumaat lalu boleh disifatkan antara yang terbaik buat dirinya setakat ini. Mana tidaknya, siap dapat 5 bintang daripada juri.

Tutup Mulut Pengkritik

Jika dilihat kepada prestasi keseluruhan Nabil sepanjang bertanding ni MLM kali ni, pastinya ramai yang tidak menjangkakan bahawa Nabil bakal ke final. Malah ada yang mengatakan Nabil masih kekal di MLM kerana konspirasi pihak Astro. Sampai macam itu sekali?

Tak ambil pusing dengan dakwaan tersebut, Nabil tampil cemerlang menerusi 2 sketsa menariknya malah berjaya menutup mulut pengkritik.

Sketsa ‘orang gila’ kehilangan selipar cukup bersahaja malah turut diselitkan dengan mesej berguna terutamanya kepada mereka yang beragama Islam. Pada masa sama, sketsa pembaca berita pelbagai loghat pada persembahan keduanya juga berjaya menghiburkan penonton.

Peminat Nabil Akhirnya Tunjuk Muka

kom kom2 kom3

Secara keseluruhan, Nabil berjaya ‘tapau’ peserta lain pada malam itu. Malah peminat Nabil yang selama ini bersembunyi di dalam gua akhirnya berani keluar daripada persembunyian dan menonjolkan diri dengan komen-komen yang meyakinkan.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan Virus yang akhirnya tersingkir setelah kerap kali dikecam peminat ekoran prestasi hambar sepanjang MLM.

Berikut merupakan kedudukan undian terkini diantara kesemua finalis MLM pada kali ini. Korang rasa siapa bakal juara MLM kali ini?

un

SKIP THIS AD ×