berita

MLM2014 : Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

February 7th, 2015 | by Wan
Kini Trending

zer

Setelah 13 minggu bersaing di dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014,kumpulan Zero akhirnya dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi.

Naib juara dimenangi oleh kumpulan Sepahtu gandingan mantap Jep dan Shuib yang membawa pulang RM250,00. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh satu-satunya peserta solo, Nabil membuahkan hasil apabila memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.

Z3

Sementara itu, kumpulan Shiro dan Bocey terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 dan ke-5.

Tema ‘bebas’ dan ‘musikal komedi’ pada final MLM kali ini ternyata menguji kreativiti peserta. Namun Zero paling mencuri tumpuan apabila berjaya menampilkan persembahan yang begitu menghiburkan malah mendapat pujian daripada juri.

serfoooo

Sebanyak 14 kumpulan bertanding pada MLM kali ini manakala sistem permarkahan dikekalkan 70% markah oleh juri tetap dan 30% daripada undian penonton.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Zero

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×