berita

Moga Bertemu Di Syurga – 15 Tahun Perkenalan, Berkahwin & Berpisah Disebabkan Kematian…Sebak!

March 7th, 2016 | by Wan
Kini Trending

2cover

Di saat kita masih mempunyai kesempatan, hargai mereka yang berada di sekeliling. Andai sudah tiada nanti yang tinggal cuma kenangan saat bersama.

Tatkala melayari laman Facebook, kami tertarik dengan satu komen yang ditinggalkan oleh wanita cekal ini. Kisah pertemuan bermula dari 2001 hingga 2015 yang berakhir dengan kematian.

Bermula dengan post ini, sehinggalah seorang wanita komen…

Screen Shot 2016-03-07 at 2.35.41 AM

Pada mulanya sebuah page di Facebook berkongsi tentang kisah cinta pasangan suami isteri yang bermula dari zaman sekolah hingga mereka ke jinjang pelamin. Rata-rata pengguna Facebook mengagumi kisah pasangan ini.

Sehinggalah satu komen yang ditinggalkan wanita bernama  Nadirah Razak. Masing-masing bagaikan tersentak dan terkesan dengan kisah ringkas ajal dan pertemuan wanita ini dan arwah suaminya.

Screen Shot 2016-03-07 at 2.38.25 AM

“Jaga anak baik-baik…”

AR

Menerusi laporan Harian Metro, suami wanita ini maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika berhenti membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Connaught berhampiran susur Bandar Tun Razak. Pemandu yang merempuh arwah dipercayai mabuk. 

Beberapa minggu sebelum kejadian, arwah suaminya meninggalkan pesan supaya menjaga anak perempuan mereka dengan baik.

Saya bertanya mengapa dia meminta sedemikian, tetapi arwah hanya berkata bahawa ia hanya satu pesanan.

Apa yang dikongsi wanita ini bukti bahawa andai sudah tiba masanya kita juga akan ‘pergi’ meninggalkan apa yang dimiliki. Oleh itu gunakan kesempatan yang dimiliki sekarang untuk berbuat baik dan menghargai orang di sekeliling!

Sumber : Nadirah Razak

SKIP THIS AD ×