Bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia meluahkan rasa sedih apabila anaknya, Zayne mengatakan dia bermimpi tentang ibunya.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Suruh Orang Meniduri Saya Beramai-Ramai Di Tempat Awam’ – Bekas Menantu Zainal Abidin
Artikel Berkaitan: Anak Zainal Abidin Mengaku Tak Bersalah Pukul Isteri, Suzur Sofia Enggan Berdiam Diri – ‘Saya Pastikan Semua Terima Akibat’
Doa bersatu kembali
Menerusi hantaran di TikTok, Sofia berkata, anaknya yang berusia 6 tahun itu turut berasa risau tentang keadaan dirinya.
Paling sedih bila dia (Zayne) kata dia mimpi tidur dengan mommy (Sofia). Mommy, mommy seorang diri? Siapa jaga mommy?
Zayne jaga mommy kalau uncle Chay (abang Sofia) dan aunty Yin (kakak Sofia) kerja. Sebab akik (arwah ayah) dah tak ada untuk protect mommy. Mommy jangan sedih.
Pada perkongsian sama, Sofia turut memuat naik sepotong video pendek ketika dia hadir ke sekolah anaknya.
Sementara itu, Sofia berdoa agar satu hari dia dan anak-anaknya dapat bersama semula.
Insya-Allah anak, kun faya kun. Mommy doakan anak-anak mommy sentiasa dilindungi dan Insya-allah atas izin Allah kita akan bersatu kembali.
Sakit macam mana pun setengah mati mommy dibuat, mommy akan berjuang. Allah uji mommy kerana Allah nak bagi yang lebih baik ke kita.
Terdahulu, bekas suami Sofia iaitu Mohd Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul dan mencederakan dirinya.
Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 dan disahkan bercerai talak satu pada Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut ketika ini berada di bawah jagaan Zaiza.
Video
@sofiasmethPaling sedih bila dia kata dia mimpi tidur ngn mommy. Mommy, mommy alone? Siapa protect mommy? Zayne protect mommy kalau uncle chay(my brother) dan auntie yin(my sister) kerja. Sebab akik(arwah ayah) dah tak ada utk protect mommy. Mommy jangan sedih. Insya Allah anak…KUN FAYA KUN. Mommy doakan anak2 mommy sentiasa dilindungi..aamiinn..dan Insya Allah atas izin Allah kita akan bersatu kembali. Sakit macam mana pun setengah mati mommy dibuat, mommy akan berjuang. Allah uji mommy kerana Allah nak bagi yang lebih baik ke kita. Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir “Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung“? Cahaya Hati (Nurul Qolbi) – Opick
Sumber: TikTok