berita

Muat Naik Foto Beraya Bersama Di IG, Netizen Doakan Kebahagiaan Puteri Sarah & Syamsul Yusof

May 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, desas desus mengenai keretakan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri mula tersebar apabila Puteri Sarah Liyana dipercayai hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Namun, kedua-dua mereka enggan mengulas lebih lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Artikel berkaitan: ‘Curang Adalah Pilihan, Bukan Kesalahan’

Artikel berkaitan: ‘Memang Banyak Syaitan’ – Respon Puteri Sarah Bila Peminat Mohon Pertahankan Rumah Tangga

Terbaru, Puteri Sarah kelihatan berkongsi beberapa foto bersama keluarga, suami dan anak-anak di Instagram sempena sambutan Aidilfitri semalam.

Selamat hari raya

Selamat hari raya maaf zahir batin

Puteri Sarah dan Syamsul kelihatan gembira dan berseri-seri disamping kedua-dua orang anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Foto-foto yang mempamerkan kebahagian rumah tangga pasangan tersebut ternyata ditunggu-tunggu peminat selama ini.

Alhamdulillah. Semoga kedua-duanya kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Ya Allah kurniakanlah kebahagiaan buat pasangan ini serta pasangan-pasangan lain.

Rata-rata netizen berdoa agar hubungan pasangan suami isteri ini kekal hingga ke akhir hayat. Selain daripada netizen, kebahagiaan dan kemesraan yang dikongsikan Sarah itu turut mendapat perhatian dan doa dalam kalangan rakan selebriti. Antara selebriti yang turut meluahkan rasa gembira di ruangan komen tersebut ialah Janna Nick, Lufya, Sariyanti dan Salina Saibi.

Tergamak cipta akaun palsu

Terdahulu, Puteri Sarah turut mendakwa keharmonian yang terjalin antara dia dan suami ternyata tidak disenangi segelintir pihak. Menurutnya lagi, ada sahaja pihak yang tergamak mencipta akaun palsu semata-mata ingin mengintip aktiviti harian dia dan suami. Individu tersebut juga dipercayai tidak senang melihat mereka sudah berbaik semula.

Sumber: Puteri Sarah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×