berita

Muat Naik Foto Bersama, Hafiz Hamidun & Nabila Razali Sudah Berdamai?

April 9th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Hafiz Hamidun sebelum ini dikecam orang ramai termasuk rakan selebriti selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perlian terhadap nyanyian Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL35).

Artikel berkaitan: ‘Saya Bukan Kutuk’ – Hafiz Hamidun Nafi Perli Persembahan Nabila Razali

Nabila pada ketika itu gagal memberikan persembahan yang terbaik sekali gus mengundang buah mulut ramai pihak.

Moga success untuk Nabila

Di Instagram, Hafiz Hamidun kelihatan memuat naik sekeping foto bersama Nabila Razali sambil memberi buah tangan kepada penyanyi wanita itu. Difahamkan, mereka berdua baru saja selesai sesi penggambaran bagi sebuah program Ramadan tidak lama lagi. Dikesempatan itu, Hafiz bertemu dengan Nabila dan menjelaskan apa yang telah berlaku sebelum ini.

Semoga Ramadan lebih bermakna dan moga berjaya untuk Nabila.

Berbaik dah ke?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersyukur dan gembira melihat Hafiz dan Nabila sudah berbaik susulan kontroversi sebelum ini. Bukan itu saja, netizen turut meminta agar Hafiz Hamidun mencipta sebuah lagu buat Nabila Razali kerana pemintaan yang tinggi dari peminat Nabila sendiri.

Sumber: Hafiz Hamidun

SKIP THIS AD ×