berita

Muat Naik Foto Terima Vaksin Di IG, Perut Risteena Curi Tumpuan Netizen, ‘Mengandung Ke?’

July 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, nama pelakon, Nur Risteena dan suami, Isa Khan mencuri tumpuan netizen apabila mereka didakwa pergi ke Sabah untuk berbulan madu tatkala larangan merentas negeri dan daerah dilaksanakan di negara ini. Namun begitu, pasangan ini telah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa mereka ke Sabah atas urusan kerja.

Artikel berkaitan: Kontroversi Rentas Negeri, Isa Khan Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Dituduh Rentas Negeri Pergi Honeymoon, Risteena ‘Block’ Pengikut IG

Artikel berkaitan:‘Kami Di Sabah Ada Urusan Kerja’ – Risteena Nafi Rentas Negeri Pergi Honeymoon

Terbaru, netizen mendakwa pelakon tersebut sudah hamil selepas empat bulan bergelar isteri. Ini kerana, foto yang dimuat naik oleh Risteena setelah menerima suntikan vaksin Covid-19 di IDCC Convention Centre, Shah Alam, hari ini jelas menampakkan ‘baby bump’.

Mengandung ka?

Alhamdulillah we did it! @theisakhan. Waiting for our second dose soon, Insyaallah.

Menerusi posting Risteena, dia dan suami bersyukur kerana sudah menerima vaksin dos pertama hari ini di Shah Alam. Seperti penerima vaksin yang lain, pasangan ini turut merakam video dan mengambil beberapa foto bersama selepas divaksin. Foto dan video tersebut merupakan kenangan bagi diri mereka dan setiap individu di negara ini.

Di ruangan komen, segelintir netizen meluahkan rasa gembira apabila pelakon tersebut sudah menerima dos pertama. Pada masa yang sama, mereka mendakwa Risteena kelihatan semakin berisi seperti sudah berbadan dua sejak belakangan ini.

Belum cucuk dah sakit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

Belum cucuk lagi dah sakit, sakit, sakit. Propa saja. Seriously, tak sakit langsung. Alhamdulillah Ris dan suami dah selesai our first vaccine. Tak sabar for our second vaccine. For those yang belum register, cepat register okay! Siapa yang belum dapat date tu, sabar. Insyaallah tak lama lagi tu. GoodLuck semua.

Risteena turut berkongsi satu video semasa dirinya sedang menerima vaksin. Menurut Risteena, dia tidak berasa sakit langsung semasa disuntik oleh doktor. Malah, mereka berdua tidak sabar untuk menerima suntikan dos kedua tidak lama lagi.

Sumber: Risteena

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×