berita

Muat Naik Kembali Video Nikah, Shuib Sepahtu Ditegur Netizen – ‘Aurat Arwah Isteri Tu…’

February 27th, 2023 | by Wani
Kini Trending

26 Februari merupakan tarikh perkahwinan pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu bersama Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan: Shuib Jadikan Keluarga Allahyarham Siti Sarah Sebagai Contoh Untuk Mendidik Anak-Anak

Artikel Berkaitan: Bagi Ucapan Sempena ‘Birthday’ Siti Sarah, Shuib Doa Moga Dapat Jumpa Semula – ‘Nak You Jadi Bidadari I’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak Tengok Reaksi Shuib -‘Berat Nafas Yang Dihembus Tu’

Ulang tahun ke-12

Menerusi hantaran Shuib di Instagram (IG), dia memuat naik kembali video pernikahannya bersama arwah Siti Sarah dengan kapsyen yang ringkas.

Lenalah wahai bidadari.

Selamat ulang tahun ke-12.

Namun, dalam perkongsiannya itu terselit teguran buat Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad apabila dilihat dia tidak menutup aurat arwah yang masih belum berhijab ketika majlis pernikahan mereka pada tahun 2011 itu.

Bang, jaga aurat arwah bang…

Menjengah ke ruangan komen, dilihat rata-rata netizen menegur dan menasihati tindakan pelawak berusia 38 tahun itu apabila dianggap tidak prihatin tentang aurat milik arwah Siti Sarah.

Terdahulu, Siti Sarah Raisuddin telah kembali kepada Pencipta akibat daripada jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021 selepas melahirkan anaknya yang keempat, Ayash Affan.

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×