berita

Muaz Zabir & Raden Rangkul Gelaran Juara Fit For Action

October 9th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas enam minggu bersiaran, program Fit For Action yang ditayangkan di TV3 akhirnya melabuhkan tirai. Menerusi pentas akhir semalam, rezeki ternyata berpihak kepada Muaz Zabir dan Raden yang berjaya merangkul gelaran Juara Pelakon Lelaki dan Wanita Fit For Action 2022. Tahniah!

Artikel berkaitan: Lenny & Amir Sedia Beri ‘Segalanya’ Untuk Fit For Action, Pasang Impian Tinggi Bergelar Pelakon Versatil!

Artikel berkaitan: Bekas Atlet MMA Wanita & Peserta Lelaki Tanpa Rupa Menawan Cabar Diri Menyerlah Di Fit For Action

Artikel berkaitan: Peserta Fit For Action ‘Kecut Perut’ Dengan Ellie Suriaty – ‘Dia Seorang Yang Detailed Oriented’

Artikel berkaitan: Anak Masuk Program Realiti TV, Norman Hakim Bagi Pesanan – ‘Jangan Cepat Koyak, Kita Lelaki Kena Kuat’

Rezeki Muaz dan Raden

Umum mengetahui pada awalnya program ini menampilkan 12 peserta yang terdiri daripada 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita. Kesemua mereka diberi dua tugasan setiap minggu iaitu cabaran fizikal dan cabaran video lakon layar (on screen challenge). Setiap minggu, kesemua peserta akan bekerjasama dengan beberapa orang pengarah hebat tanah air.

Bagi pentas final, seramai 6 orang peserta sahaja yang berjaya mara iaitu Marc, Raden, Zooey, Muaz Zabir, Lisa dan Amir. Keenam-enam mereka sekali lagi diuji dengan tema filem aksi. Hasil daripada ujian dan cabaran tersebut, ketua juri iaitu Datuk Yusof Haslam dan beberapa juri yang lain bersetuju untuk menobatkan Muaz Zabir dan Raden sebagai juara bagi program ini. Lisa dan Marc pula dinobatkan sebagai naib juara.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×