berita

‘Berhentilah Membinasakan Diri Kamu’ – Mufti Pahang Tegur Sajat

March 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal iaitu Nur Sajat telah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan membuat kenyataan berniat untuk keluar dari agama Islam. Kenyataan berani mati itu dibuat Sajat menerusi sebuah video yang dikongsi di media sosial.

Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Tak Nak Jadi Orang Islam’ – Sajat

Susulan daripada dakwaan tersebut, Mufti Pahang iaitu Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menerusi laporan Harian Metro memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan usahawan kosmetik tersebut.

Semua nak selamatkan dia di dunia

Mufti Pahang menasihati Sajat untuk tidak terus membinasakan dirinya. Tambahnya, Sajat masih mempunyai masa untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan sokongan pihak berkuasa agama dan umat Islam.

Sajat, berhentilah membinasakan diri kamu. Kalau di dunia ini kamu tidak dengar nasihat, di akhirat nanti lagi teruk. Mungkin kamu berfikir apa yang kamu buat itu orang simpati, tetapi orang Islam tidak simpati, benda yang tidak baik, tetap tidak baik.

Semua nak selamatkan dia di dunia, selamatkan dia di akhirat. Mereka boleh bantu. Umat Islam sebenarnya saling bantu membantu yang lain.

Tidak ada sebab Jais menganiaya

Mufti Pahang turut berpendapat tiada isu penganiayaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam kes ini sebaliknya untuk menyedarinya. Datuk Seri Dr Abdul Rahman percaya tindakan usahawan kosmetik itu memuatnaik status seolah-olah mahu keluar daripada Islam disebabkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas dirinya.

Tidak ada sebab JAIS untuk menganiaya orang. Tujuannya untuk nasihat. Tapi mungkin dia tak nak dengar. Lebih baik dia dengar nasihat.

Kita orang Islam, dalam maqasid syariah, kita nak jaga orang Islam, nak selamatkan agama, kita tak boleh biarkan. Kalau kita biarkan, akan jadi huru hara dalam masyarakat, habis bercelaru.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×