berita

‘Saya Dah Tak Nak Jadi Orang Islam’ – Sajat

March 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, usahawan kosmetik terkenal iaitu Muhammad Sajjat atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat telah menjadi ‘buruan’ pihak berkuasa Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini kerana pihak mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas dirinya susulan didakwa telah berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah majlis keagamaan.

Artikel berkaitan: JAIS Gagal Kesan muhammad Sajjat, Didakwa Sedang Bersembunyi

Artikel berkaitan: ‘Surat Doktor Ada Kalau Tak Percaya’ – Muka, Badan Bengkak Punca Sajat Tak Hadir Mahkamah

Terbaru, usahawan kosmetik itu sekali lagi jadi perhatian ramai apabila dia mendakwa membuat kejutan seolah dia mahu menukar agama melalui sebuah video.

‘Saya tak main-main’

Memetik laporan Harian Metro, usahawan kosmetik itu didakwa telah memuatnaik sebuah video di platform media sosial namun tidak dapat dipastikan bila video tersebut dimuatnaikkan. Menerusi video tersebut, dia didakwa membuat pengakuan seolah-olah berniat untuk bertukar agama.

Saya baca, tak salah kita buat research agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk. Lepas JAIS keluarkan statement itu, saya dah malas nak fikir.

Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam.

‘Mereka buat saya nak keluar’

Tambahnya, dia mendakwa ujian yang dihadapinya itu telah menyebabkan dia terfikir untuk berniat menukar agama. Terdahulu, pihak polis Selangor bersedia bekerjasama dan membantu Jais mengesan Nur Sajat setelah usahawa kosmetik itu gagal dikesan keberadaannya.

Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam… dengan benda yang macam ini, mereka buat saya, mungkin mereka ingat mereka boleh bagi iktibar… bukan. Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×