berita

Mula Dijual Hari Ini, Utusan Malaysia & Kosmo ‘Bangkit Semula!’

July 20th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Setelah hampir 10 bulan ditutup, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! kembali memulakan operasi di bawah Media Mulia Sdn Bhd. Lebih mengujakan, keluaran pertama dua akhbar ini telah dicetak dan mula dijual pada 20 Julai.

Nafas baru

Pelancaran secara atas talian yang dilakukan pada Sabtu lalu menerima reaksi positif netizen yang rata-rata tidak sabar menanti kemunculan semula dua akhbar terkenal tanah air ini. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat kembali.

Diadakan selama lebih 7 jam secara atas talian, pelancaran dua akhbar ini dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan antaranya Hattan, Jamal Abdillah, Rozita Che Wan dan Fazley Yaakob. Turut hadir bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang sempat meluangkan masa melawat sekitar majlis pelancaran di bangunan Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.

Selain penerbitan akhbar secara fizikal, Utusan Malaysia dan Kosmo juga dikatakan bakal memberi fokus kepada kandungan digital.

Selamat kembali!

Bangkit semula!

Sumber: Utusan, Kosmo, Twitter

SKIP THIS AD ×