berita

Mulut Disumbat Tahi Kucing, Disimbah Air Panas, Pelajar Tahfiz Dakwa Dibuli Senior

November 6th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, insiden kebakaran yang mengorbankan sehingga 23 nyawa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah meruntun jiwa ramai orang. Semestinya, tragedi yang menimpa pusat tahfiz tersebut akan diingati sepanjang hayat.

Terbaru, pusat tahfiz berkenaan sekali lagi menjadi bualan apabila salah seorang pelajar mendedahkan dia menjadi mangsa buli senior sehingga menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ambil tahi kucing, lepas itu sumbat dalam mulut saya

Pelajar lelaki yang berusia 13 tahun itu mendakwa menjadi mangsa buli senior pada 16 Oktober lalu dan terima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HKL selama 10 hari.

Mangsa mendakwa disimbah air panas ketika sedang tidur kira-kira jam 4 pagi di asrama tersebut dan menyebabkan melecur di bahagian badan dan paha kiri.

Dulu masa bulan tiga, kami pernah bergaduh. Dia suka kacau saya, jadi saya mampu ejek dia sebab nak lawan balik tak boleh, dia kuat.

Petang Isnin lepas Asar, dia panggil saya pergi tingkat bawah asrama. Lepas itu dia tumbuk muka saya. Kat tingkat bawah ni memang selalu ada kucing berak. Dia ambil tahi kucing, lepas itu sumbat dalam mulut saya. Pagi Rabu waktu tengah tidur, tiba-tiba ada orang tumbuk. Lepas itu, saya terkejut sebab kena simbah air panas.

Tidak tahan dikacau dan ditumbuk

Sementara itu, ibu mangsa iaitu Siti Satariah Ahmad berkata anaknya itu melecur 13 peratus dan kini perlu menjalani fisioterapi apabila tulang sendi bahu terjejas akibat insiden berkenaan.

Pada Mac lalu, anak saya pernah lari dari pusat tahfiz pada jam 1 pagi kerana tidak tahan dikacau dan ditumbuk. Malam Isnin (dua hari sebelum insiden simbah air panas) saya ke tahfiz untuk berjumpa sekejap dengan anak saya tu, saya dapati ada kesan lebam tepi mata kiri. Dia kata kena pukul.

Saya maklumkan kepada pengetua dan pengetua beritahu dia akan selesaikan perkara tersebut. Saya hubungi ibu bapa pelaku melalui WhatsApp dan sedia berjumpa pada malam esok tapi mereka tidak datang pun.

Bukan kes buli tapi salah faham

Tambah ibu mangsa lagi, difahamkan pelaku dikenakan hukuman rotan di hadapan pelajar di tahfiz itu. Malah, keluarga pelaku menawarkan kos ganti rugi sebanyak RM3,000 namun, ibu bapa mangsa mahu menuntut keadilan untuk Yusof melalui perbicaraan di mahkamah.

Selama 10 hari anak saya di unit rawatan rapi (ICU), tiada seorang ustaz dari pusat tahfiz itu datang tengok. Bil hospital lebih RM400 kami tanggung sendiri.

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Muhammad Zahid Mahmod menjelaskan bahawa insiden berkenaan bukan kes buli sebaliknya salah faham antara dua pelajar.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×