berita

#RoadToAJL36: Muncul Pada Hari ‘Rehearsal’, Dayang Nurfaizah Ganti Ernie Zakri Ke?

March 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) kian terasa. Tinggal beberapa jam lagi, 12 lagu daripada genre muzik berbeza akan berentap malam ini.

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL36: Netizen Tunggu Ramalan Juara, Neelofa Balas; ‘Pencen Tahun Ini’

Datang ‘rehearsal’

@ohbulanofficial

Eh, sound check lagu apa tu???Susuripris yang paling dinantikan! #roadtoajl36 #ohbulan #ohbulanofficial #AJL36 #trendingnewsmalaysia

? original sound – Ohbulan – Ohbulan

Ketika berlangsung ‘full dress rehearsal’ pada malam Sabtu, kelihatan kemunculan penyanyi Dayang Nurfaizah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Umum tahu, Dayang tidak berjaya melangkah ke AJL36 menerusi lagu Sebentar.

Menerusi rakaman video di media sosial, pemilik nama Dayang Nurfaizah Awang Dowty turut melakukan ‘rehearsal’ di pentas berprestij itu namun untuk persembahan apa?

Pengganti Boneka?

Penampilan pelantun lagu Lelaki Teragung itu telah membuatkan rata-rata wargamaya ligat berteka teki.

Ada yang berpendapat Dayang adalah pengganti kepada Ernie Zakri menerusi lagu Boneka yang sedang berpantang selepas selamat melahirkan anak perempuan pada 22 Februari lalu.

Confirm Dayang ganti Ernie!!!

Adakah itu lagu Boneka?

Nampak macam Boneka tengok pada lenggok.

Terdahulu, Ernie memilih untuk tidak mendedahkan siapakah penyanyi yang bakal membawakan lagu ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh itu.

SKIP THIS AD ×