berita

‘Mungkin Bahasa I Terlalu Kasar’ – Michael Ang, Kak Ani Berdamai

December 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, trending mengenai teguran lantang penerbit terkenal iaitu Michael Ang di laman Twitter berhubung persembahan penyanyi Noraniza Idris di pentas Gegar Vaganza musim ketujuh. Teguran tersebut bagaimanapun telah didakwa mencetuskan ‘perbalahan’ antara kedua-dua orang selebriti ini.

Artikel berkaitan: ‘Sengau Semacam Je’ – Lantang Beri Pendapat Di Twitter, Kak Ani Nak Jumpa Michael Ang Lepas GV?

Terbaru, Michael Ang telahpun bersemuka dengan Noraniza Idris secara siaran langsung menerusi Anugerah Meletop Era 2020 sejurus sahaja selesai persembahan penyanyi etnik kreatif itu.

‘Mic okay je..’

Noraniza Idris sebelum ini pernah berhasrat untuk berjumpa dengan Michael Ang selepas pertandingan realiti itu dan akhirnya mereka dapat bertemu di dalam sebuah acara.

Menurut penyanyi itu lagi, dia memohon maaf secara terbuka kepada Michael Ang mewakili peminat-peminatnya yang telah lantang ‘menyerang balas’ di laman Facebook. Sebelum ini, peminat Noraniza Idris telah didakwa menuduh Michael Ang memeluk agama Islam sebab meraih simpati dan populariti.

‘Mungkin bahasa I terlalu kasar’

Namun bagaimanapun, ‘perbalahan’ tersebut telah dijernihkan kedua-dua selebriti ini apabila mereka saling memohon maaf dan mengakui kelemahan diri secara terbuka. Michael mengakui penggunaan bahasa dan memilih perkataan yang telah dilontarkannya melalui Twitter agak kasar sehingga menguris hati sesetengah pihak.

Mungkin bahasa I terlalu kasar, kalau kasar I minta maaf. Tapi komen I sebenarnya jujur je pada malam tu dan I tak ada rasa apa-apa. Semua penyanyi I hentam. Jujur, dari dulu Kak Ani nyanyi memang sengau… tapi sengau sedap!

Noraniza Idris bagaimanapun mengakui tiada sebarang masalah dengan penerbit terkenal itu.

Kak Ani sebenarnya tak ada masalah dengan Mic. Sebenarnya apa yang netizen cakap, kecam ke.. Kak Ani ibarat keluar masuk telinga… tak kisah. Tapi Mic orang berpengaruh, Mic tarik netizen mengumpat Kak Ani. Sedih Kak Ani. Lepas ni kita kena guna bahasa yang best.

Sumber: Meletop

SKIP THIS AD ×