berita

‘Mungkin Berjangkit Daripada Pegawai Zoo’ – Dua Anak Harimau Putih Maut Akibat Covid-19

February 15th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: The Sun

Dua ekor anak harimau putih yang berusia 11 minggu telah mati di zoo Pakistan pada bulan lepas dan didapati mati angkara Covid-19.

Artikel berkaitan: ‘Tiada Lagi Mask, Tiada Sosial Distancing’ – PM New Zealand Sambut Hari Kebangsaan Dengan Rakyat

Artikel berkaitan: Satu Keluarga Dakwa Dijangkiti Covid-19 Gara-Gara KKM ‘Tertukar’ Nama Pesakit

Maut angkara Covid-19

Pada awalnya, anak-anak harimau tersebut disyaki dijangkiti Parvovirus. Parvovirus merupakan penyakit yang boleh dikatakan sebagai penyakit yang biasa di Pakistan yang mensasarkan sistem imunisasi kucing. Namun, setelah bedah siasat dilakukan,  mereka mendapati bahawa paru-paru harimau tersebut terkena jangkitan yang teruk. Ahli Patologi menyimpulkan bahawa kedua-dua anak harimau tersebut mati angkara Covid-19.

Walaupun tiada ujian PCR untuk coronavirus dilakukan, Timbalan Pengarah Zoo, Kiran Saleem percaya bahawa kedua-dua anak harimau tersebut merupakan mangsa kepada wabak covid-19 yang telah membunuh kira-kira 12 ribu orang di Pakistan.

Setelah anak-anak harimau tersebut mati angkara Covid-19, pihak Zoo tersebut mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan swab test terhadap semua pegawai dan mereka mendapati bahawa enam daripada mereka telah positif termasuklah pegawai yang bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak harimau tersebut.

Anak-anak harimau tersebut mungkin terkena virus covid-19 daripada pegawai yang mengendalikan mereka

Itulah yang dikatakan oleh Kiran Saleem mengenai isu ini.  Menurut Zufishan Anushay, pengasas Penyelamat Haiwan JFK (Justice for Kiki), Beliau berkata bahawa dua ekor harimau putih terakhir ini telah mati di Zoo Lahore dan sekali lagi puncanya datang dari kecuaian pihak pengurusan sendiri.

Harimau putih sangat jarang untuk ditemui dan memerlukan habitat dan persekitaran yang tertentu untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dengan mengurungnya dalam keadaan yang tidak bersih dan tanpa rawatan perubatan, kita akan selalu mendengar kejadian seperti ini berlaku. 

Itulah ungkapan Zufishan Anushay mengenai kejadian ini. Namun, Saleem menolak semua tuduhan mengenai pengabaian di Zoo tersebut. Beliau juga memberitahu Reuters bahawa aktivis hak haiwan dipersilakan untuk mengunjungi dan memeriksa sendiri protokol keselamatan dan kebersihan Zoo itu.

Sumber: Reuters.com

SKIP THIS AD ×