berita

‘Mungkin Kali Ini Dia Benar-Benar Berubah’ – Fasha Sandha Seru Bantuan Buat Benjy

December 21st, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hubungan pelakon Fasha Sandha dan arwah Seniwati Azean Irdawaty sangat rapat bagaikan seorang ibu dan anak. Mereka juga pernah berlakon bersama dalam beberapa buah filem dan drama.

Artikel berkaitan: ‘Doakan Kesihatan Aku Lebih Baik Sebab…’ – Surat Kiriman Benjy Penuh Makna

Fasha Sandha menerusi perkongsian terbaru di Instagram menzahirkan rasa sebak terhadap apa yang berlaku kepada Benjy. Benjy yang ketika ini ditahan di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia dikhabarkan memerlukan bantuan kewangan bagi membeli ubatan untuk merawat penyakit yang dihidapinya sekarang.

Arwah sering menasihati saya

Terpanggil untuk menulis tentang ini,

Tentang arwah Seniwati Azean Irdawaty. 3 kali dapat bekerjasama dengan Arwah , ketika itu saya paling kerdil, arwah adalah seniwati yang disanjung tinggi. Arwah sering menasihati saya agar jangan lupa makan vitamin, supaya sihat selalu, arwah juga selalu mengajar saya tentang lakonan.
Dan ketika saya sedang sibuk, arwah yang ketika itu sedang berperang dengan kanser selama beberapa tahun, saya hanya sempat mengirimkan hanya sedikit sumbangan melalui seorang sahabat. Saya merasa amat bersalah kerana tidak berkesempatan melawat arwah dan memberikan bantuan ketika arwah masih hidup dan diwaktu yang sama arwah juga tertekan kerana kes yang melibatkan Benjy. Kesibukan saya pada ketika itu membuatkan saya ‘lupa’ tentang tanggungjwb saya sebagai rakan artis yang rapat dengan arwah sejak filem Anak Mami kembali.

Janganlah mempersoalkan dan menghina dia

Hari ini saya terbaca di berita tentang anak arwah (Benjy) yang sedang sakit dan memerlukan pertolongan. Jika ada rezeki lebih, marilah kita sama-sama membantu Benjy yang memerlukan. Tidak salah membantu mereka yang memerlukan dan janganlah kita mempersoalkan atau menghina dia, kerana kita tidak tahu apa akan jadi di masa akan datang, Dugaan setiap manusia datang bermacam-macam cara. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita atau mungkin keluarga di masa akan datang. Membantu tidak merugikan…. Malah mengajar kita tentang nilai kemanusiaan sesama insan. 

Pada saya, each and every soul deserves a second chance. Life is nothing without mistakes. Everyone have flaws, we commit mistakes, dan daripada itu kita belajar untuk menjadi lebih baik. So everyone gradually deserves a chance. Not just second it can even be third , fourth….~kerana kita sendiri tidak tahu bila dia akan berubah, atau…mungkin kali ini dia telah benar-benar berubah (wallahualam)., jadi hari ini saya menulis kerana Benjy adalah anak seniwati yang kita semua sayangi.. Saya amat bersimpati, saya mendoakan agar Benjy diberikan kesihatan yang baik disana dan semoga Benjy belajar daripada semua kesilapan yang telah dilalui. Semoga ini juga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua juga. Kepada mereka yang ingin membantu, sila hubungi @persatuansenimanmalaysia 012-2600752

Sumber: Fasha Sanda

SKIP THIS AD ×