Gambar sekadar hiasan
Seorang murid menjadi mangsa buli kepada empat orang pelajar senior sekolahnya dengan dipaksa untuk minum air kencing mereka.
Artikel Berkaitan: Kakak Dakwa Adik OKU Dibuli & Dihina Guru Sampai Trauma – ‘Dia Ugut Nak Buka Kain’
Artikel Berkaitan: ‘Mentally Bullied’ – Ibu Kesal Anak Diejek Di Sekolah Hanya Kerana ‘Tudung Tak Jadi’
Diugut pukul
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kompas.com, insiden tersebut dilaporkan berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Sulawesi Tenggara, Indonesia pada Rabu lalu.
Menurut ibu mangsa, ketika kejadian kanak-kanak itu sedang bermain dengan rakannya sebelum empat murid tersebut datang menghampiri.
Difahamkan mereka menghabiskan minuman dalam satu bungkusan plastik dan kemudian mengisi bungkusan itu dengan air kencing.
Mereka suruh anak saya minum, tapi anak saya tak nak. Mereka kata anak saya akan dipukul jika bungkusan air kencing itu dibuang.
Mangsa akhirnya minum air kencing tersebut akibat takut dengan ugutan mereka.
Susulan itu, mangsa mengalami trauma dan tidak mahu untuk ke sekolah kerana risau akan dibuli lagi.
Keluarga mangsa kemudian melaporkan kes tersebut kepada pihak Unit Pelaksana Teknikal Perlindungan Perempuan dan Anak (UPTD PPA) manakala empat pelajar berkenaan telah mengaku bersalah serta ibu bapa mereka turut memohon maaf.
Sumber: Kompas.com