Baru-baru ini, pelakon dan juga pengacara Nabila Huda meluahkan rasa gembira apabila dapat bekerjasama dengan pelakon berkaliber, Rosyam Noor.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Lebih Berhati-Hati, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Jika Terima Ugutan Lebih Teruk
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Pasang Azam 2024 Untuk Tambah 2 Lagi Cahaya Mata – ‘Nak Ramai Anak, Kenapa Susah Sangat?’
‘Kenangan berharga’
Menerusi hantaran di platform X, Nabila Huda atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi gembira apabila dapat bekerjasama dengan Rosyam Noor buat pertama kalinya sepanjang dia berada dalam industri hiburan.
Menurut Nabila, ini merupakan satu kenangan yang berharga buatnya kerana sudah lama berhasrat untuk bekerjasama dengan Rosyam.
Pertama kali bekerja dengan Uncle Rosyam. Bertahun-tahun lamanya, umur 39 baru ada rezeki! Kenangan berharga ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun itu berharap agar dapat bekerjasama lagi dengan Rosyam pada masa akan datang.
Nabila juga menyatakan akan menyimpan kenangan berlakon bersama Rosyam Noor ini sehingga akhir hayatnya.
Harap satu hari nanti dapat digandingkan lagi. Saya mahu lebih banyak adegan, lebih banyak hari dengannya. Insya-Allah! Akan ku simpan kenangan ni sampai akhir hayat ku..
Sumber: X