Baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali telah melancarkan sebuah lagu baharu iaitu ‘Tulus’, kolaborasi bersama Adi Priyo.
Artikel Berkaitan: Mahu Fokus Kerjaya Berbanding Jodoh, Nabila Razali Terbuka Dengan Pilihan Keluarga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘House Tour’ Nabila Razali Bikin Cemburu, Peminat Jadikan Inspirasi – ‘Dia Arkitek Kalau Bukan Penyanyi’
Lagu baharu
Nabila Razali ketika ditemui OhBulan! berkata kolaborasi bersama Adi Priyo adalah salah satu impiannya sejak dari dulu lagi.
Ini kali pertama saya kolaborasi dengan Adi Priyo. Sebenarnya Adi adalah salah seorang penyanyi yang saya memang nak berduet sebab sebelum ini seperti mana yang kita tahu lagu-lagunya semua meruntun jiwa.
Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, lagu tersebut sebelum ini pernah digunakan untuk drama bersiri di TV3, Kerana Cinta Itu Ada, lakonannya bersama Aedy Ashraf dan telah mendapat permintaan ramai untuk versi penuh lagu tersebut.
Lagu itu sebenarnya pernah digunakan sebagai ‘filler’ bagi drama Kerana Cinta Itu Ada.
Sebelum kita keluarkan lagu ini ramai dah yang tanya bila nak keluarkan versi penuh dan ada juga yang bertanya tentang persembahan lagu ini yang membuatkan saya sangat teruja.
Kalau diikutkan lagu itu sebenarnya diciptakan hanya untuk seorang penyanyi dan sangat sesuai untuk Adi. Tapi setelah dinilai, lagu tersebut perlu dimasukkan suara penyanyi wanita untuk melengkapkannya lagi.
Nabila berkata demikian semasa ditemui pada majlis berbuka puasa baru-baru ini anjuran Universal Music Malaysia.
Digelar ‘Ratu Gimik’
Dalam pada itu, ketika diajukan soalan mengenai gimik untuk lagu ini, pelantun lagu Peluang Kedua tidak menggunakan cara tersebut untuk ‘melariskan’ lagu.
Gimik dan teaser adalah dua benda yang berbeza. Lagu ini tak ada gimik kerana saya percaya pada keunikkannya tersendiri dan ada kualiti tersendiri.
Sebelum kita keluarkan lagu ini dan cuma bagi teaser dan filler sikit-sikit pun dah jadi permintaan orang, jadi saya percaya dengan kekuatan lagu ini.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali ini juga berkata dia tidak mampu mengelak dari tanggapan orang apabila ada yang memberi jolokan ‘Ratu Gimik’ kepadanya.
Cara setiap artis mempromosikan lagu mereka berbeza-beza, mungkin ini adalah cara saya. Malangnya, ada segelintir orang yang anggap kalau saya mesti gimik.
Saya dah tak boleh nak lari dari perkara tersebut tapi apabila dah ada di dalam industri ini saya nak jadi sekreatif mungkin.