berita

Siapa Bakal Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 34? Saksikan 13 November Ini Di TV3

November 12th, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Debaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 semakin terasa dan bakal bersiaran secara langsung pada esok (Sabtu) jam 9.00 malam. Walaupun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, ABPBH masih mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan mengangkat tema #KITABERSAMA.

Artikel Berkaitan: Angkat Tema #KITABERSAMA, Peminat Kini Boleh Undi Artis Kesayangan ABPBH34

Artikel Berkaitan: ABPBH 34 Jalin Kerjasama Dengan TikTok Untuk Kali Kedua, Tampil Satu Lagi Kategori Baru ‘Artis TikTok Popular’

Artikel Berkaitan: Sherry Alhadad Hos Tunggal ABPBH34, Penyanyi Lagenda & Baru Bergabung Meriahkan Pentas

ABPBH kali ini merupakan kesinambungan tema ABPBH terdahulu iaitu #ABPBHKITA2020 dan merupakan acara anugerah pilihan peminat yang paling lama bertahan di Malaysia. Penganjuran majlis penuh berprestij ini juga mengajak rakyat menyemarak semangat muhibah, perpaduan dan kekitaan dalam memerangi penularan COVID-19 serta membantu kerajaan mewujudkan imuniti berkelompok.

Malam penuh berprestij

ABPBH 34 membawa Sherry Alhadad selaku hos, manakala hos karpet merah akan dikendalikan oleh pelakon dan penyanyi  Izzue Islam yang akan berganding dengan penyanyi muda iaitu Sissy Imann. Malam penuh berprestij itu juga akan dirancakkan lagi dengan persembahan barisan artis yang cukup hebat termasuklah Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Hazama, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Jay Jay, Syamel, Anuar Zain dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Apa yang lebih mengujakan sebanyak 14 kategori utama yang bakal dipertandingkan termasuklah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi, Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.

Bukan itu sahaja, terdapat enam kateogri online yang dipertandingkan iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular. Bagaimanapun, talian undian telah pun ditutup secara rasmi.

Jangan lupa saksikan!

Jadi korang jangan lupa untuk saksikan malam kemuncak ABPBH yang akan diadakan secara maya dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu (13 November 2021) dan disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam di TV3 dan pautan Tonton. Bukan itu sahaja korang juga boleh tonton menerusi YouTube Berita Harian dan TV3 serta laman web ABPBH www.abpbh.com.my.

Terdahulu, penyanyi versatil Haqiem Rusli merangkul Anugerah Bintang Popular edisi ke-33 dan berjaya mendapat kira-kira 22 juta undian menerusi kategori tersebut. Pelantun lagu Tergantung Sepi ini juga membawa pulang trofi kemenangan serta sebuah kereta Nissan Leaf yang disumbangkan oleh edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Korang rasa siapa yang bakal membawa pulang trofi Anugerah Bintang Paling Popular kali ini?

SKIP THIS AD ×