Pelakon Nadhir Nasar amat menitikberatkan setiap tindak tanduk serta tingkah lakunya agar tidak terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gosip.
Artikel Berkaitan: ‘Klepet’ Tampilkan 3 Jejaka Terhangat Di Pasaran! Aedy Ashraf, Meerqeen & Nadhir Nasar Selaku Peneraju Utama
Artikel Berkaitan: ‘Saya Cakap Perkara Benar, Tak Perlu Takut Hilang Punca Rezeki’ – Nadhir Nasar Tetap Lantang Pertahankan Pales***
Jadi diri sendiri
Ketika ditemui OhBulan!, Nadhir berkata sebagai anak seni yang baru menempah nama dalam industri, dia hanya ingin menjadi diri sendiri dan akan menjaga namanya sebaik mungkin.
Sudah pasti saya perlu menjaga nama baik saya dan elakkan dari sebarang kontroversi, bagamainapun saya hanya menjadi diri saya dan buat apa yang perlu.
Saya seratus peratus menjadi diri saya sendiri, sesiapa yang kenal atau mahu berkenalan, saya sangat mengalukan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
Kehidupan yang saya lalui sebagai anak seni sehingga kini sangat bermakna untuk diri saya.
Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, aktor tampan berusia 27 tahun itu berkata sudah menjadi asam garam anak seni sekiranya terpalit dengan sebarang kontroversi mahupun gosip.
Bila nama terpalit dengan kontroversi, itu adalah normal untuk seseorang artis, apabila sudah menceburkan diri dalam dunia seni, itu perkara yang perlu dihadap.
Untuk menjadi yang famous tiada siapa yang suruh pun, jalan untuk terkenal itu individu tersebut yang pilih. Sebelum dikenali mereka dah tahu apa yang akan dapat.
Saya pun bukanlah manusia yang sempurna, tapi kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita.
Gosip dan kontroversi ibarat garam dan lada hitam dalam masakan, tapi yang paling utama ada masakan yang awak hidangkan atas meja.
Dalam perkembangan terkini, Nadhir bakal membintangi filem Klepet yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.
Selain Nadhir, filem arahan Indra Putra itu turut dibintangi Nadhir Nasar Aedy Ashraf, Aeril Zafrel, Adlin Aman Ramlie, Joey Daud dan ramai lagi.