berita

Nadia Aqilah Cukup Dengan 2 Cahaya Mata – ‘Faktor Ekonomi Diambil Kira Membesarkan Anak’

November 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nadia Aqilah

Pelakon Nadia Aqilah merasakan sudah cukup dengan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Senja Aqila, 4 dan Bayu Aria yang kini menjengah usia lima bulan.

Artikel Berkaitan: Anak Amanda Misbun Pegang Watak Utama, Gementar Bawa Watak Kanak-Kanak Pekak Dalam Filem Magik

Artikel Berkaitan: Saya Nampak Kesedihan Beliau – Nadia Aqilah Selami Perasaan Zaiton Sameon

Cukup dua orang

Nadia Aqilah

Ketika ditemui OhBulan!, Nadia bagaimanapun berkata tidak menolak sekiranya masih diberikan rezeki untuk hamil lagi pada masa akan datang.

Sekarang sudah ada sepasang anak dan saya rasakan just nice dengan dua itu. Sudah ada adik-beradik.

Keakraban mereka saya lihat pun sangat rapat, saya pula ibu yang sejenis clingy. Sentiasa nak ada dengan anak-anak, setiap masa kalau boleh.

Suami saya pun okay dengan keadaan keluarga kami yang sedia ada sekarang ini. Dia pun macam trauma dah lihat saya alahan sepanjang hamil itu.

Tapi apa pun rezeki itu saya tidak menolaklah, sebab rezeki anak itu Allah yang bagi kan, saya bersyukur.

Nadia berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem MagiK yang diadakan di TGV, Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nadia akui dia dan suami mengambil kira dari sudut ekonomi dalam membesarkan anak-anak.

Betul, faktor ekonomi juga sangat diambil kira dalam membesarkan anak dan keluarga.

Sekiranya mahukan sesuatu itu bagus sudah pasti kosnya juga tidak murah. Untuk anak sekolah, pendidikan itu semua kena fikirkan juga.

Berkongsi lanjut mengenai watak Fiza yang dibawa dalam filem MagiK, Nadia berkata dia sudah lama mengimpikan naskhah yang menceritakan tentang kehidupan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Antara salah satu sebab saya terima watak Fiza kerana watak ini berkomunikasi dengan orang pekak. Saya ingin belajar benda baru.

Saya juga masuk kelas belajar bahasa isyarat tentang bahasa orang pekak dan bisu

Memang teringin nak watak sebegitu, akhirnya dapat pun tawaran, alhamdulillah.

Selain Nadia, filem arahan Tanaka itu turut menampilkan Beto Kusyairy, Nam Rom, Ruminah Sidek, Roy Azman dan ramai lagi.

MagiK bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 30 November ini.

SKIP THIS AD ×