berita

Nafas Berbau, Gam Meleleh Ke Gusi – Remaja Sanggup Cabut Fake Braces Dengan Pengetip Kuku

November 2nd, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Seperti yang sudah diketahui umum, pemakaian fake braces boleh mengundang kerosakan serius kepada gigi dan gusi. Tambahan pula, pemasangan dilakukan individu yang tiada ilmu dan informasi tepat mengenai pendakap gigi.

Bagi yang mahu memakai braces, mereka dinasihatkan berjumpa doktor gigi bertauliah dan mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Janganlah pula jadi seperti perkongsian Dr Azila Mohd Kasim ini, seorang pesakit menceritakan terpaksa membuka braces dengan pengetip kuku selepas gigi terlalu sakit.

Pasang di rumah flat, ubahsuai jadi klinik

Seorang remaja pada mulanya ingin membuat braces. Ini kisah perkongsian dari seorang mangsa.

Seorang tukang gigi menawarkan dan mendakwa bahawa dirinya seorang doktor gigi tetapi apabila beliau pergi pada tarikh yang dijanjikan, ianya hanya di rumah flat dan diubah suai untuk dijadikan sebagai klinik gigi. Selepas beberapa hari memakai braces itu, nafas mula menjadi berbau dan gusi mula bengkak. Beliau sanggup membuka ‘bracket’ dengan menggunakan ketip kuku setelah beliau terbaca mengenai ‘fake braces’ itu.

Cabut guna ketip kuku, tampal dengan gam

Tukang gigi itu memasang ‘bracket’ dengan menggunakan gam sahaja sehingga meleleh sampai ke gusi. Bayaran permulaan yang dikenakan hampir RM1000 untuk 8 batang gigi atas dan 8 batang gigi bawah. Setiap bulan kena “servis” dan bayar sebanyak RM150. Jika ada ‘wire’ atau ‘braket’ tercabut, tukang gigi boleh menggantikan semula tetapi dikenakan bayaran yang berlainan.

Kesan daripada pemakaian ‘fake braces’ itu, gigi menjadi terlalu sakit sehingga perlu makan bubur sahaja. Nak cakap pun sakit. Nasib baik beliau cepat tersedar dan membuka ‘fake braces’ itu. Lalu memberitahu doktor Azila. Beliau kongsikan pengalaman ini untuk kesedaran bersama dan mengelakkan daripada tertipu.

Beliau tidak memberi gambar. Ini hanya gambar dari sumber media sosial.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Azila Mohd Kasim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×