berita

Nafi Ada Adegan Lucah, Penerbit Gadis Jolobu The Movie Saman YouTuber

August 8th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Selepas ditayangkan pada Khamis lalu, filem bergenre komedi, Gadis Jolobu The Movie yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan menerima kritikan daripada seorang YouTuber yang membuat ulasan filem.

Artikel Berkaitan: Kawan Baik Dengan Bapa Ahirine Ahirudin, Hattan Segan Buat Babak Romantik

Pertahankan maruah!

Memuat naik komen mengundang kecaman dalam laman sosial, YouTuber itu menyifatkan filem Gadis Jolobu arahan CL Hor sebuah karya ‘infinity shit’.

Terguris kritikan menjatuhkan imej filem, Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi berkata, dia sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap YouTuber itu.

Saya tidak tahu siapa YouTuber ini? Adakah mempunyai kelayakan mengkritik filem?

Kalau YouTuber ini pengkritik filem berkelayakan dan ada ilmu perfileman, saya mungkin boleh mempertimbangkan kritikan diberikan.

Tetapi, lontaran bahasanya bukan cerdik pandai seperti pengkritik filem. Jadi, saya dan CL Hor juga mempunyai hak mempertahankan maruah dan karya dihasilkan.

Saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman. Tunggu surat saman akan sampai, tidak lama lagi.

Tambah Saraleana, dia sedar kemunculan platform media sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram membolehkan sesiapa sahaja membuat ulasan filem, sekali gus menjadi pengkritik filem.

Seharusnya, kritikan diberikan menggunakan bahasa yang sesuai mengikut etika agar tidak menyinggung perasaan sesiapa, terutama penerbit yang mengeluarkan bajet berjuta-juta untuk menghasilkan sesebuah karya.

Saya mungkin penerbit baharu, tetapi saya tidak terasa disebabkan mempunyai sokongan kuat. Cuma, saya risaukan penerbit baharu yang mungkin tiada sokongan seperti saya.

Saya percaya pasti ada yang luntur semangat apabila filem menjadi mangsa kritikan. Adakah YouTuber ini layak memberi kritikan filem dengan bahasa tidak beradab seperti ini?

Caranya salah kerana apa yang ditulis adalah fitnah. Nak kritik biarlah ada ilmu filem, bukan berdasarkan serangan peribadi.

Tiada adegan lucah

Mengulas poster filem Gadis Jolobu seakan meniru poster filem komedi Amerika Syarikat, Neighbors 2: Sorority Rising, Saraleana menekankan ia adalah satu proses kreatif, bukan berkaitan dengan hak cipta.

Jika meniru, sudah pasti timbul masalah hak cipta, tetapi inikan industri kreatif.

Kita juga tahu ada pengarah mengambil inspirasi dari filem lain, tetapi bukannya meniru.

Dalam pada itu, Saraleana menafikan filem Gadis Jolobu mempunyai adegan lucah yang boleh menjatuhkan imej filem tempatan.

Filem mega yang dimeterai syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu, Ahirine Ahirudin.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×