berita

Najib Dikompaun RM3k Tak Scan MySejahtera, Pengurus Restoran Kena RM10k

May 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, bekas Perdana Menteri iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah memasuki ke sebuah restoran dipercayai tidak menjalankan imbasan suhu badan dan ‘check in’ MySejahtera terlebih dahulu. Tindakan itu bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai dan dia telah mengakui kesilapannya sepertimana dimaklumkannya secara umum sebelum ini.

Artikel berkaitan: Tak Imbas Suhu Badan & ‘Check In’ MySejahtera’ – Najib Mengaku Salah, Rela Bayar Saman Ingkar SOP

Terbaru, bekas Perdana Menteri itu telah dikenakan sebanyak dua kompaun bagi kedua-dua kesalahan termasuk tidak mengimbas suhu badan dan mendaftar MySejahtera.

Langgar SOP di kedai makan

Menerusi laporan terkini dari wartawan Redzuan Abdul Manap memaklumkan Dato Sri Najib Razak telah dikenakan dua kompaun atas kesalahan tidak mengimbas suhu badan dan check-in MySejahtera sebelum masuk menikmati makanan di salah sebuah premis makanan pada 19 Mac yang lalu.

Setiap kompaun yang dikenakan terhadapnya adalah sebanyak RM1,500 untuk satu kesalahan dan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM3,000 bagi kedua-dua kesalahan didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kedai makan.

Manakala, pengurus restoran berkenaan pula dikenakan kompaun sebanyam RM10,000.

Sumber: Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×