Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dilihat lantang melemparkan kritikan terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Hampir setiap hari, ada saja posting terbaru yang berjaya menarik perhatian netizen.
Terbaru, menerusi satu status yang dikongsi di akaun Facebook miliknya, Najib Razak memberitahu mahu membuat Facebook Live malam ini. Nampaknya selepas tidak lagi bergelar perdana menteri, beliau mempunyai banyak masa terluang untuk ‘explore’ fungsi media social. Lepas ini ‘live’ di Instagram pula?
Siapa free boleh join
Beliau turut mempelawa orang ramai untuk sama-sama mengikuti siaran langsung tersebut malam ini. Namun apa yang menarik perhatian kami ialah komen-komen yang ditinggalkan netizen. Rata-rata membalas ‘on’ tanda setuju mahu mengikuti siaran langsung nanti.
Dalam tempoh 2 jam, posting di Facebook itu mendapat lebih 22 ,000 reaksi, 4,000 komen dan dikongsi sebanyak 2,000 kali.
Bulan lalu media melaporkan Najib dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion. Najib bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dan mohon dibicarakan.
Reaksi Najib yang mahu meninggalkan sesi wawancara bersama Al Jaazeera selepas ditanya tentang pelbagai tuduhan terhadapnya tempoh hari turut menarik perhatian ramai.