berita

Nak Friendly Dengan Team MakJemahFc Johan? Lelaki Ini Tanya & Terkejut Bila Dapat Tahu…

August 6th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2016-08-05 at 9.54.33 PM

Lelaki kalau dengan bola memang tak boleh dipisahkan. Kata orang, lelaki yang tak minat bola tu mesti ada ‘something wrong somewhere’! Tak tahu lah, mungkin mereka minat sukan lain kan?

Macam artis yang main untuk Mak Jemah Fc ini, mereka semua kaki bola. Walaupun sibuk dengan aktiviti seni setiap hari namun hobi tetap hobi, mana boleh tahan! Siapa yang pernah friendly dengan team mereka ini?

Viral pula katanya kalau nak lawan team Mak Jemah yang dibarisi oleh Johan ini kena bayar RM3,000. Fuh, boleh tahan. Ini penjelasan team Mak Jemah sendiri. Betul ke harga macam itu?

RM3K kalau nak friendly

x

Team Mak Jemah ini dibarisi oleh artis-artis tempatan yang dikenali ramai antaranya Johan, Tomok, Akim, Hairul Azreen, Fad dan ramai lagi. Di akaun Instagram mereka dah dinyatakan kalau nak adakan perlawanan persahabatan boleh tapi bersyarat.

Mungkin nak tahu apa syaratnya, seorang lelaki ini tanya lah. Syaratnya ada ‘pengeras’ iaitu kena bayar mereka RM3,000! Iyalah selebriti kan. Tak tahu pula mereka teruskan ke tidak perlawanan persahabatan itu.

Respon Mak Jemah FC

Screen Shot 2016-08-05 at 10.07.14 PM

Salam jumaat u alllsss… haaa ade cite panas u allsss… ni haaa pasal team #makjemahfc.. saje nak bg tau.. team #makjemahfc ni terdiri dr artis hebat n ternama n bukan mcm rashid yg mak jemah x kenal sape.. dtg dr mane.. ntah sape.. ttbe dia sakit hati engkow.. pasal nk kene bayo bila nk riadah ngan team mak jemah ni ha… dekkk masuk tandas pun kene 20sen dekkk.. nak membuang tu.. blom riadah lagi…. nampak no x mampunye.. dah la x mampu, cari publisiti murahan pulak tu… nak mintak simpati kot.. ke nak tambah follower? Ke nak tumpang fofularity artis2 #makjemahfc …

dekkk saja nak bg tau… kalau nak pakai kete ferary.. x boleh la bayo deposit kancil dekkkk… ahahahaah n #makjemahfc x paksa dekkkk… nak,bayooo… x nak mak x paksa dekkkk…. banyak lagi org boleh bayo….kannnn…. kalau nak ikut artis2 mak jemah coperarion travel n tour n associate n football n so on ni, sorang je dah mahal… sgt la mahal dekkk.. ko mampu… mmg x laaaa kan… suh la company bayoo… hehhehe yg penting team mak jemah main tiap2 minggu dekk oiiii… dah la… malas nak layan gosip murahan ni… ade mak kesah… #sedardiri #tipikalmalay #jauhiperangaini #tengokkemampuan #ukurbajubadansendiri #jadilahmcmmakjemah

Respon netizen

Screen Shot 2016-08-05 at 10.13.40 PM Screen Shot 2016-08-05 at 10.14.21 PM Screen Shot 2016-08-05 at 10.16.04 PM

Biasalah pasukan ini kan terdiri daripada artis-artis terkenal, ingat senang ke nak jumpa? Tak nak bayar mahal friendly jela team lain, habis cerita!

Sumber  : Mak Jemah FC

SKIP THIS AD ×