berita

Nak Menang Hadiah Wang Tunai Sehingga RM250,000? Cepat Muat Turun Aplikasi myPTPTN Sekarang!

April 9th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru sahaja melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang memberi manfaat dan kemudahan kepada masyarakat Malaysia khususnya para pelanggan PTPTN.

Aplikasi ini juga merupakan satu inisiatif utama PTPTN, sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN dalam memastikan organisasi ini berada di tahap standing dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini. Mudah, cepat dan selamat!

Untuk korang yang ragu-ragu tu jangan risau, sebab aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan  secara elektronik  yang diktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital. Segala transaksi adalah mudah, selamat dan terjamin.

Lepas ni makin mudah lah urusan korang, klik-klik je!

Muat turun aplikasi myPTPTN sekarang!

Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat melakukan sebarang urusan yang berkaitan pada bila-bila masa dengan cara yang sangat mudah. Bukan itu sahaja, aplikasi myPTPTN boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery.

Korang tahu tak yang aplikasi ini memang akan memudahkan urusan bayaran balik, simpanan dan pinjaman korang sebab semuanya dilakukan dalam satu platform sahaja. Hebat kan!

Syarat pendaftaran bagi orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Kad Pengenalan awam
  • Mempunyai nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah

Aplikasi myPTPTN menawarkan perkhidmatan seperti, urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN, Pembukaan Akaun Simpan SSPN, Semakan Penyata, Pindahan Lebihan Bayaran Balik, Pindahan Simpanan Simpan SSPN, Permohonan Bayaran Balik/Deposit Simpan SSPN melalui Debit Terus, Potong Gaji dan Auto Debit, Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman, Cetakan Surat Penyelesaian Hutang (SPH), Mengemas kini profil pengguna, Push Notification, dan Akaun Kegemaran.

Antara kelebihan aplikasi ini kepada pengguna ialah :

  • Hanya di satu platform

Transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform sahaja

  • Menjimatkan masa dan kos

Kini orang ramai tidak perlu beratur di kaunter kini dan segalanya berada dihujung jari sahaja

  • Mesra pengguna

Paparan yang mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur

  • Transaksi tanpa sempadan

Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis transaksi

  • Cepat, mudah dan selamat

Segala maklumat peribadi pengguna akan dilindungi oleh pihak PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC

Kempen “myPTPTN, klik-klik je!” telah pun dilancarkan & korang boleh memenangi wang tunai sehingga RM250,000!

Yang paling best, PTPTN kini ada menjalankan kempen myPTPTN, Klik-klik je! untuk semua pengguna aplikasi ini tau. Mereka ada menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 untuk dimenangi. Wow!

Ha, mesti korang excited nak muat turun aplikasi ni kan? Tempoh kempen bermula dari 29 Mac 2022 hingga 15 Jun 2022.

Untuk membuat pendaftaran aplikasi ini, korang boleh ikuti langkah berikut :

  • Muat turun aplikasi myPTPTN di Apple App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery
  • Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang’
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
  • Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian
  • Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email
  • Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto

Mudah kan untuk sertai kempen ni? Jom kita tengok hadiah apa yang korang bakal menangi dengan hanya muat turun aplikasi myPTPTN ni.

Berikut merupakan kategori dan hadiah yang korang boleh menangi :

  • Muat turun aplikasi mudah alih myPTPTN di telefon pintar dan berjaya membuat pengesahan identiti – Hadiah RM10,000 untuk 5 pemenang
  • Transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN yang berjaya – Hadiah RM10,000 untuk 6 pemenang
  • Transaksi penambahan deposit Simpan SSPN yang berjaya – Hadiah RM10,000 untuk 6 pemenang
  • Permohonan potongan gaji yang lengkap – Hadiah RM10,000 untuk 4 pemenang
  • Permohonan debit terus yang lengkap – Hadiah RM10,000 untuk 4 pemenang

Jangan lupa muat turun aplikasi myPTPTN di Apple App StoreGoogle Play Store dan Huawei App Gallery untuk sertai peraduan ni. Klik-klik je!

SKIP THIS AD ×