berita

Nak Mudah, Memasak Dengan Cepat & Jimat Ruang Dapur? Korang Wajib Ada Alat Magic Ni!

September 20th, 2021 | by Dzulkifli
Kesihatan & Hidup Aktif

Zaman sekarang ni semua orang nak cepat dalam segala hal. Nak masak pun kalau boleh sepantas mungkin sebab banyak urusan lain nak settle.

Bayangkan kalau korang boleh masak atau buat minuman tanpa perlu tunggu depan cerek korang (kadang kadang sampai 10 minit kene tunggu tau!). Buat mi segera tengah malam semasa lepak dengan family atau kawan-kawan dalam masa hanya 2 minit; atau buat kopi favourite korang on-the-go pagi-pagi. Mesti best kan?

Oleh itu, kalau ada penapis air yang boleh jimatkan masa korang untuk sediakan air bersih bagi kegunaan harian, sudah semestinya amat membantu. Penat tau setiap hari nak kena jerang air!

Mesti korang pernah ragu-ragu untuk beli penapis air sebab ruang tak pernah cukup kan?

Intrix Reinz Plus tersedia untuk memudahkan kerja harian korang.

Haa! Jangan risau, pili air panas tulen segera dari Kumpulan Intrix ni memang untuk korang!

Pili air panas tulen segera  Intrix Reinz Plus ni boleh juga dipasang untuk menggantikan terus pili air di dapur tu. Kemas, tak perlu pun ruang yang banyak untuk pasang. Buka je pili macam biasa. Terus boleh minum!

Jap! Serius lah takkan nak minum air yang tak dimasak?

Intrix Reinz Plus ni adalah produk hasil daripada 3 tahun penyelidikan dan pengembangan (R&D) tau. Bukan 1, bukan 2!

Tapi air korang ditapis sebanyak 3 peringkat iaitu penapis sedimen, penapis blok karbon aktif dan juga membran nanoturasan menjadikan ianya berkesan menyingkir mikrob sekecil 10 nanometer, 99.99% bakteria serta alga dan virus.

Tak perlu servis setiap bulan, hanya tukar filter sekali dalam setahun. Fuh, memang bersih!

Yang lagi best, Intrix Reinz Plus ni diperakui Halal oleh persekutuan Muslim Korea dan ianya diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Nak minum secawan, takkan nak panaskan 1 cerek? Membazirnya!

Dengan Intrix Reinz Plus ni, korang tak perlu dah nak susah susah masak air. Buka saja paip dan korang boleh menikmati air yang telah ditapis dengan suhu bilik mahupun panas.

Bukan saja jimat masa, bil elektrik pun akan jimat tau! Sehingga 70% berbanding penggunaan cerek biasa!

Haa, ni adalah kerana Intrix Reinz Plus ni dilengkapi mod ECO Pintar yang membolehkan ia disetkan kepada sleeping mode pada setiap malam ketika tidak digunakan.

“Tapi saya suka bangun untuk minum pada waktu malam.”

Tiada masalah! Mod ECO Pintar pada Intrix Reinz Plus ni mudah untuk diaktifkan jika perlu digunakan untuk air panas dan setelah itu akan kembali semula ke sleeping mode. Pintar kan?

Pili dengan fungsi tekan-bagi-mengaktifkan.

Intrix Reinz Plus ni juga dilengkapi dengan pelbagai ciri ciri keselamatan yang telah diuji, diperiksa dan diluluskan oleh SIRIM.

Pilinya kalis haba serta boleh disentuh dan juga lengkap dengan sistem keselamatan tekan-bagi-mengaktifkan yang canggih bagi menghalang kanak-kanak dari mengakses air mendidih tanpa pengawasan. Memang selamat!

Pili air ini juga tersedia dengan dua pilihan – 2 dalam 1 dan 4 dalam 1. Bezanya adalah 4 dalam 1 boleh tapis air paip dan sangat berguna untuk cucian degil seperti minyak masak yang melekat dalam periuk korang. Juga sangat berguna bila nak mensterilkan botol susu anak-anak kecil korang.

Manakala, 2 dalam 1 pula hanya untuk air tapis. Yang paling menarik berkenaan 2 dalam 1 adalah korang boleh upgrade dengan saliran air (font) untuk menggantikan sinki korang. Kalau dekat ofis tu memang sangat berguna sebab boleh jimat ruang dan nampak sangat kemas dan menarik.

Tak sampai 2 minit, minuman panas? Siap!

Dapatkan pili air tulen panas segera pertama di Malaysia sekarang, dan nikmati pemasangan percuma (hanya di Semenanjung Malaysia) dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Harga bermula dari RM3,388! Intrix juga ada buat rancangan pembayaran (payment plan) untuk korang, boleh bayar bulanan dengan bank-bank terpilih.

Untuk maklumat lanjut lawati laman web rasmi Intrix di www.intrixreinz.com.my, Facebook atau Instagram mereka.

SKIP THIS AD ×