‘Satu batu besar macam hempap atas kepala.’ Itu perasaan yang dirasai pelakon Shakilla Khoriri apabila dimaklumkan anak perempuannya, Ameena Sofia disahkan positif Covid-19.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’
Artikel Berkaitan: ‘Lets Move On, Allah Ada Jaga Mimi & Ameena’ – Shakilla Khoriri
Hati rasa tak best
Menurut Shakilla, 33, dia mula berasa tidak sedap hati sejak Ameena bersama dengan bekas suaminya, penyampai radio Fizi Ali pada minggu lalu.
Kata pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, naluri seorang ibu tepat apabila Ameena mula demam panas dan muntah tanpa henti.
Dua hingga tiga hari masa Ameena dengan daddy dia hati ini rasa tak best. Rasa macam ada sesuatu tak kena dengan Ameena. Mimpi Ameena masuk hospital dua hari berturut.
Malam tadi ambil Ameena dekat Fizi, saat saya peluk dia dalam hati cakap, ‘eh anak aku tak okey ni.’ Start muntah dari malam tadi bawa sampai ke pagi ni. Hati aku ni kuat cakap, habis lah anak aku kali ini.
Pagi Ameena bangun tak sempat makan apa semua terus siap pergi klinik buat swab dan jawapan yang buat aku betul-betul kecewa. Dia positif tapi aku negatif.
Dalam hati fikir macam mana aku nak ganti tempat dia. Biar aku. Tapi percaya semua ini ada hikmah dia.
Sorry sayang daddy tak ada
Sementara itu, Fizi menerusi Instagram (IG) miliknya memohon maaf sekiranya Ameena jatuh sakit berpunca daripada kekhilafan dirinya.
Bagaimanapun, dia tetap mendoakan kesembuhan puteri tunggalnya daripada virus merbahaya itu.
Sorry sayang daddy tak ada dengan awak. Jangan risau umi awak akan jaga awak. Daddy doakan awak cepat sembuh. Maafkan daddy, kalau daddy punca awak sakit. Jaga diri sayang. Doakan Ameena cepat sembuh dari virus ini.
Terdahulu, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas bercerai pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @shakillakhoriri, @fiziali_