Usahawan terkenal, Neelofa telah mencetuskan kritikan warga maya apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai ‘double meaning’ dalam usaha mempromosikan produknya.
Artikel Berkaitan: Neelofa Sekeluarga Sambut Raya Di KL, Bakal Dedah Wajah Abdullah Abbas Syawal Ini?
Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Bilal Sudah Pandai Baca Surah Lazim Pada Usia 3 Tahun – ‘Paling Terkejut, Dia Ingat Ayat Awal Dalam Yasin’
Neelofa dikecam lagi?
Menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi Nilofa Group, memaparkan beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita telah dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
Namun, perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warga maya malah mereka menyifatkan foto-foto yang dikongsikan itu seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain mempunyai unsur ‘soft porn’.
Bukan itu sahaja, tindakan tersebut dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.
Sekadar info, isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz iaitu Noor Neelofa telah melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri pada September lalu.
Sumber: Instagram Nilofa Group