berita

Bapa Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Pesakit Di MAEPS Buat Kutipan Derma, Tahlil Untuk Kanak-Kanak Ini

January 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Akhir-akhir ini, banyak kisah mengenai pesakit Covid-19 yang dikuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut mereka tampil menceritakan pengalaman dikuarantin di situ dengan kapasiti yang ramai. Walaupun keadaan di situ dilihat ‘sesak’ tetapi keadaanya adalah sangat selesa ditambah pula dengan kecekapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Macam Beratur Nak Beli Tikes Bas…’ – Pusat Kuarantin MAEPS ‘Sesak’ Dengan Pesakit Covid-19

Artikel Berkaitan: Isu Kepadatan Pesakit Covid-19 Di MAEPS Serdang, Pesakit Tampil Ceritakan Hal Sebenar

Artikel Berkaitan: ‘Normal Ke Czer Sis?’ – Baju Macam Nak ‘Bersalin’ Pesakit Covid-19 Di MAEPS Jadi Perhatian

Terbaru, tular satu video sedih, di mana seorang kanak-kanak yang dikuarantin di MAEPS kehilangan bapanya akibat Covid-19.

Ayah meninggal disebabkan Covid-19

Mendapat lebih 27k tontonan, video tersebut berjaya membuatkan netizen sebak. Video yang berdurasi lebih kurang satu minit enam saat, itu menunjukkan ketabahan seorang kanak-kanak yang kehilangan bapanya akibat virus Covid-19. Kisahnya bermula apabila seorang frontliners ini memaklumkan kepada kanak-kanak tersebut mengenai keadaan bapanya yang sudah meninggal dunia.

Raut wajah kanak-kanak itu dilihat seperti ‘tergamam’ mendengar berita tersebut. Namun, dia tetap kuat dan tidak menangis ketika saat berita itu disampaikan. Tidak berakhir di situ, pesakit-pesakit lain yang turut berada di pusat kuarantin turut memberikan sedikit sumbangan kepada adik itu yang secara tidak langsung dapat mengurangkan bebannya.

Majlis tahlil diadakan

Tidak berakhir di situ, pesakit-pesakit lain di MAEPS juga membuat majlis tahlil dan doa selamat buat arwah ayah kanak-kanak itu. Al-Fatihah.

Salam takziah

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang diterima oleh kanak-kanak tersebut. Pada masa yang sama mereka turut mendoakan supaya roh ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Fahmi

SKIP THIS AD ×