berita

Nazrief Nazri Sah Suami Model Hijab Aizatul Aqma

November 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon yang popular dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, Nazrief Nazri telah sah bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali Lafaz. Menerusi Harian Metro, pasangan mempelai ini selamat diijab kabulkan di Seavoy House, Titiwangsa pada jam 6.10 petang.

Wang hantaran RM15000

Mereka selamat dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin RM80 bersama tiga dulang hantaran dan wang hantaran sebanyak RM15000. Pihak perempuan pula membalas dengan lima dulang hantaran.

Lebih setahun mengenal hati budi

Dia meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×